515 Atlet Sukma Selangor Sertai Kem


Ketua Unit Sains dan Sukan Bahagian Pembangunan Majlis Sukan Negeri Selangor, Harlisa Rozikin berkata kem itu bertujuan untuk meningkatkan tahap motivasi atlet sebelum menghadapi Sukma kali ini.

"Sebelum menghadapi Sukma, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) mahu setiap atlet mengenali rakan pasukan masing-masing. Selain daripada itu, kem ini juga bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan sesama atlet dan jurulatih," katanya kepada Bernama, pada hari Sabtu.

Kem itu dibahagikan kepada empat sesi mengikut kumpulan yang ditetapkan berdasarkan acara sukan bagi memudahkan pemantauan penyelia kursus.

"Kita bahagikan mereka dalam kumpulan-kumpulan yang lebih kecil supaya mudah untuk kita mendekati mereka untuk mencapai matlamat yang diharapkan," katanya.

Menurut Harlisa sesi pertama (16-17 April) melibatkan seramai 129 atlet daripada acara angkat berat, badminton, boling padang, kabaddi, menembak, petanque, tenpin boling, ragbi dan tinju.

Sesi kedua dari 17-18 April melibatkan 127 atlet daripada acara gimnastik artistik, lumba basikal, olahraga, perahu layar, akuatik (renang dan terjun), bola keranjang dan golf.

Bagi sesi ketiga pula (18-19 April) melibatkan atlet daripada acara kanu, karate-do, lawan pedang, pencak silat dan silambam yang berjumlah seramai 105 orang.

Sementara sesi keempat seramai 154 orang atlet daripada acara bola jaring, bola sepak, bola tampar (dewan dan pantai), hoki (lelaki dan wanita), memanah, ping pong, sepak takraw lelaki dan skuasy.

Selangor adalah juara Sukma sebanyak enam kali berturut-turut sejak 1996.

Bagaimanapun pada edisi ke-12 Sukma di Terengganu pada 2008, Selangor muncul sebagai naib juara dengan mengumpul 54 pingat emas, 47 perak dan 52 gangsa, di belakang Terengganu yang memperoleh 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa.

Pada tahun ini, Selangor menyimpan hasrat untuk meraih kejayaan buat kali ketujuh.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 6 2 9 1 0
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
838
709
4469
2613957
21663
22738
3962910
Alamat IP: 54.225.19.255
Waktu Pelayan: 29-04-2017 13:20:08