90 Minit Penentu!

“Sememangnya jentera serangan lawan tidak boleh dipandang remeh kerana tidak pernah berputus asa ditambah dengan kemungkinan import baru mereka dapat beraksi,” kata pemain tengah Selangor, Mohd Amri Yahyah. Hampir semua perlawanan dilalui Johor DT kendalian Fandi Ahmad menyaksikan jentera penyudah mereka menggegar gawang lawan terutama menerusi penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha selain kelibat Safee Sali.

Kedua-dua pasukan kini berada pada tahap terbaik apabila Selangor dan Johor DT terikat 22 mata namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan untuk menghuni tangga kedua dan ketiga Liga Super. “Seperti biasa kami perlu lupakan kelebihan dan kemenangan dimiliki kerana baki 90 minit menentukan segala-galanya. Walaupun moral tinggi susulan rentetan kemenangan yang diraih, fokus perlu diutamakan,” kata penyerang berpengalaman itu.

Kecuali Peter Chrappan yang mengalami kecederaan, Irfan Bakti dijangka tidak mempunyai masalah menurunkan kesebelasan terbaik bagi memastikan Selangor menjadi antara empat pasukan terbaik Piala FA musim ini. Bekas kapten Selangor itu turut berharap peminat membanjiri Stadium Shah Alam bagi menaikkan lagi semangat pemain kerana Piala FA yang paling hampir untuk dicapai bagi menamatkan kemarau kejuaraan dialami mereka sejak beberapa tahun ini.

Andai berjaya menyingkirkan Johor DT, mereka akan menanti pemenang pertemuan Sime Darby dan Pahang yang membuat perhitungan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang hari ini.

*Sumber dari Harian Metro

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 8 9 4 3 3 6
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
622
1170
1792
2549854
13779
23065
3894336
Alamat IP: 54.161.219.254
Waktu Pelayan: 24-01-2017 21:07:38