Anugerah Sukan Negeri Selangor 2010

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor melalui kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2010 di De Palma Hotel Shah Alam dan pada malam majlis yang berprestij tersebut, Elaine Koon, Ratu Gimrama Negara telah dinobatkan sebagai Olahragawati Selangor manakala Olahragawan Selangor pula disandang oleh Pemain Tenpin Bowling Negara, Alex Liew Kien Liang.


Elaine dan Alex telah menerima anugerah tersebut yang disempurnakan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta diringi oleh Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato` Menteri Besar Selangor.

Kedua-dua mereka membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil dan wang tunai RM5,000. Elaine, 18 tergambar rasa teruja kerana buat pertama kalinya menerima Anugerah tersebut manakala Alex merupakan pemenang anugerah kali ke-dua anugerah itu setelah menerimanya bagi Anugerah Sukan Negeri Selangor 2005.

Olahragawan Harapan pula diraih oleh Atlet Sukan Perahu Layar, Ahmad Syukri Abd Aziz manakala Jananiejay Nair A/P Jegathesan dari Sukan Kabaddi telah muncul sebagai Olahragawati Harapan 2010.

Tiga Anugerah Pegawai Berjasa pula telah disampaikan kepada Encik Selvarajoo dari Persatuan Tenis Selangor, En. Hamzah Sajadi dari Persatuan Boling Padang Selangor dan En. Akilan dari Persatuan Kabaddi Selangor. Seterusnya pihak juri telah sepakat memilih Pasukan Bola Sepak TM Liga Super untuk dianugerahkan sebagi Pasukan Terbaik dan Persatuan Terbaik 2010 dianugerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Sebagai penghargaan dan tanda penghormatan ke atas jasa-jasa yang disumbangkan sepanjang bekerjasama dan menjayakan program-program dan pembangunan sukan anjuran Majlis, dengan itu, Jawatatankuasa Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2010 telah bersepakat menganugerahkan Allahyarham Encik Mohamed Latifi Bin Abu Bakar sebagai penerima Anugerah Khas 2010.

Penerima-penerima Anugerah Penghargaan Khas pula disampaikan kepada Y.Bhg. Tuan Haji Haris Kassim (Mantan YDP MDKS), Y.Bhg. Tuan Tukiman Nail (YDP MDHS) dan Unit Sukan MSSS, Jabatan Pelajaran Selangor.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 6 4 6 7
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
150
719
4958
2586908
17958
19606
3936467
Alamat IP: 54.197.177.123
Waktu Pelayan: 26-03-2017 01:42:27