Asalnya Pemain Tengah

MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui bahawa Mokhtar Dahari sebenarnya bermula sebagai pemain tengah dan bukannya penyerang ketika memulakan karier sebagai pemain bola sepak.
Menceritakan perkara itu, rakan baik yang juga gandingannya di Selangor dan pasukan kebangsaan, Reduan Abdullah, 60, memberitahu, beliau dan Mokhtar seakan bertukar posisi ketika kedua-duanya mewakili Selangor dalam Piala Burnley 1971. "Awalnya saya penyerang dan beliau pemain tengah. Namun jurulatih, Abdullah Nordin berpendapat kami lebih sesuai bertukar posisi. Nyata keputusan itu tepat.


"Sehingga ke akhir karier, saya kekal bermain di tengah dan Mokhtar cemerlang sebagai penyerang," katanya yang sering menumpang motosikal Mokhtar untuk ke padang latihan.
Beliau menambah, seperkara yang lucu setiap kali menjalani latihan bersama adalah kebanyakan pemain mengelak untuk menjadi benteng apabila Mokhtar berlatih mengambil sepakan percuma.
"Tetapi apabila jurulatih arahkan, takkan kita nak tolak. Kalau rembatannya tidak menepati sasaran dan mengenai benteng, memang pedih rasanya kerana terlalu kencang," ujarnya.
Ditanya sifat menarik yang ada pada rakannya itu, Reduan memberitahu, Mokhtar cukup berselera setiap kali menjamah makanan.
"Sampai kita pun turut sama teringin nak makan. Sama ada makanan laut, makanan kampung atau ulam-ulaman, apa saja Mokhtar tidak kisah. Beliau memang suka makan.
"Mungkin disebabkan tubuhnya yang sasa dan kesungguhannya berlatih menyebabkan dia perlukan tenaga yang lebih. Memang berselera betul gayanya," katanya.
Ditanya ketenangan Mokhtar apabila sering dikasari lawan, beliau berkata itu merupakan kelebihan yang ada padanya.
"Bukan senang hendak jatuhkannya. Kalau kita langgar beliau, silap-silap kita yang jatuh. Mokhtar tak gentar untuk mencabar lawan dalam perebutan bola kerana badannya cukup tegap dan kuat.
"Saya tidak nafikan ada kalanya beliau marah juga. Tetapi yang selalunya berlaku adalah rakan-rakan bangkit mempertahankannya sedangkan beliau tetap tenang lalu kembali fokus pada permainan," ujarnya.


*Sumber dari Utusan Online

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 6 9 3 3 5
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
977
1002
1979
2717343
30009
19913
4069335
Alamat IP: 54.80.26.116
Waktu Pelayan: 26-09-2017 22:44:39