Awas Helah Selangor: Bacina

“Saya jangka satu perlawanan sengit memandangkan Tampines dibarisi empat pemain import (Sasa Dreven, Yamashita Kunihiro, Sead Hadzibulic dan Martin Wagner) serta lima pemain kebangsaan Singapura termasuk dua pemain naturalisasi (Mustafic Fahrudin dan Aleksandar Duric). Lagi pun kedua-dua pasukan mahukan kemenangan pertama.

Kesukaran segi fizikal

“Mungkin akan ada kesukaran dari segi fizikal, namun saya yakin dengan barisan kekuatan lengkap kami miliki ketika ini, kami mampu mengimbangi permainan, lebih-lebih lagi dengan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri,” kata Irfan pada sidang media di Stadium Shah Alam, tengah hari semalam.

Sementara itu, jurulatih Tampines, Nenad Bacina yang berasal dari Croatia tetap berhati-hati dengan kekuatan Selangor biarpun juara Liga Singapura 2012 itu berjaya menewaskan Warriors FC 2-1 pada aksi sumbangsih, 15 Februari lalu serta menewaskan Geylang International 5-0 dan Young Lions 2-0 pada dua aksi awal liga musim ini.
“Kami hadir dengan moral tinggi selepas menang ketiga-tiga perlawanan domestik biarpun dikejutkan kekalahan dengan Sai Gon Xuan Thanh, minggu lalu. Sebagai pasukan pelawat, sudah pasti kami mahu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

“Selangor tetap bahaya walaupun kurang seorang import (tanpa Ramez Dayoub). Lihat saja mereka masih mampu menjaringkan empat gol ketika bertemu Johor Darul Takzim. Bagi saya, pemain yang perlu diberi perhatian ialah Francis Forkey Doe, S Kunanlan dan Amri Yahyah. Tidak dilupa juga Kubala,” kata Bacina.

*Sumber dari Berita Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 6 9 0 9 2
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
734
1002
1736
2717343
29766
19913
4069092
Alamat IP: 54.198.28.114
Waktu Pelayan: 26-09-2017 18:48:56