Bakal Olahragawan, Olahragawati Selangor

Hup Wei berjaya meraih pelbagai kejayaan acara lompat tinggi termasuk di Sukan SEA lalu dan mencatat 2.24 meter, manakala Rizal unggul dalam acara berbasikal di samping berjaya melayakkan diri ke sukan olimpik, tahun lalu.

Dua lagi calon olahragawan yang tersenarai ialah Harrith Ammry Nassution Hairudin dari sukan perahu layar dan Ryan Chong Wyy Luhn dari acara taekwondo.

Sementara itu, Shalin Zulkifli dan Khoo Cai Lin dilihat sebagai calon utama bergelar Olahragawati 2007 berdasarkan pelbagai kejayaan peringkat antarabangsa yang dicapai. Kejayaan Cai Lin memecahkan rekod kebangsaan milik Nurul Huda Abdullah yang bertahan selama 19 tahun bagi acara 800 meter gaya bebas wanita di Sukan SEA lalu, selain menjadi rekod baru yang bertahan 10 tahun sekali gus membawanya beraksi di Sukan Olimpik dilihat menjadi kekuatan buat atlet itu meraih gelaran tersebut.

Uracca Leow Hoay Sim dari lumba basikal dan Nur Atiqah Abd Razak dari acara pencak silat turut disenaraikan ke dalam senarai akhir bagi calon olahragwati 2007. Pemenang masing-masing bakal menerima wang berjumlah RM 5,000 piala iringin berserta sijil.

Selain olahragawan dan olahragawati 2007, Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2007 bakal menganugerahkan gelaran Olahragawan dan Olahragawati Harapan, Pasukan Terbaik, Pegawai Berjasa, Penghargaan Khas Dan Anugerah Khas 2007.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung majlis penghargaan atlet kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) 2008. Atlet, jurulatih, pengurus, pegawai dan persatuan yang berjaya membawa pulang pingat bakal menerima insentif keseluruhan yang bernilai hampir setengah juta ringgit.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 1 5 1 8 9
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
616
442
616
2672651
12318
19087
4015189
Alamat IP: 54.80.158.127
Waktu Pelayan: 24-07-2017 18:51:26