Barca Perhebat Program Bola Sepak Di Malaysia

Pengarah FCB Escola, Xevi Marce berkata, program latihan kem tersebut akan dilakukan mengikut format yang telah dipraktikkan kelab tersebut dan para peserta akan mengadakan latihan sesama sendiri. "Apa yang istimewa mengenai kem ini ialah ia tidak terlalu kompetitif. Peserta yang menyertai kem ini akan beraksi dengan rakan-rakan sebaya mereka dan tidak perlu bersaing menentang satu sama lain.

"Kem bola sepak ini akan diketuai dua jurulatih The Catalan yang mendapat sijil daripada akademi sukan Barcelona, La Masia. Mereka akan dibantu oleh enam jurulatih tempatan yang akan dipilih kelak," kata Merce dalam satu kenyataan baru-baru ini. Jelasnya lagi, keenam-enam jurulatih tempatan itu juga akan dilatih mengikuti prinsip kejurulatihan dan kaedah latihan Barcelona.

"Metodologi yang digunakan sangat baik dan saya percaya ia akan menjadi satu latihan yang mampu memberi manfaat kepada semua. Pada masa yang sama ia dapat membantu meningkatkan kemahiran jurulatih- jurulatih tempatan," tambah Merce. FCB Escola memiliki lapan sekolah rasmi yang terletak di Jepun, Dubai, Mesir, Kuwait, India, Republik Dominica, Poland dan Peru.

Begitupun di Malaysia, Sports Planet dan rakan kongsinya dari Singapura, Sporting Juniors merupakan pemegang lesen rasmi FCB Escola. Pengarah Sports Planet, Wong Horr Wai berkata, kem bola sepak kedua itu kelak akan diuruskan oleh dua jurulatih FCB Escola. "Jurulatih-jurulatih ini akan memastikan setiap peserta diajar dengan cara yang betul mengikuti acuan Barcelona.

"Kem ini bukan hanya mengenai bola sepak tetapi ia turut mengajar para peserta mengenai sikap toleransi, integrasi, bermain dengan adil, kepimpinan dan banyak lagi," kata Horr Wai. Pada tahun lepas, kem tersebut diuruskan bekas pemain divisyen kedua Barcelona, Aitor Olmo dan Dani Bigas yang kini mengendalikan cawangan FCB Escola di Fukuoka, Jepun.

Dalam pada itu, Merce turut mendedahkan, salah seorang peserta FCB Escola di Jepun yang menyertai kem mereka dua tahun lalu kini sedang mengikuti sesi percubaan untuk menyarung jersi skuad remaja Barcelona. "Sudah tentu kami mengharapkan perkara yang sama di sini dan mahu melihat bakat dari Malaysia tetapi kita juga harus berfikiran realistik kerana (penyerang Barcelona), Lionel Messi tidak dicipta dalam tempoh sehari," jelas Horr Wai.

Para peserta boleh memilih untuk mengikuti latihan pada sesi pagi atau petang dan kelas tersebut mengehadkan 72 pelajar untuk satu sesi latihan. Mereka yang berminat menyertai kem bola sepak FCB Escola boleh melayari laman web www.fcbarcelonamy.com atau mendaftar di Sports Planet Ampang, Subang Jaya, Shah Alam dan Kota Damansara.

Yuran untuk menyertai kem bola sepak selama lima hari itu ialah RM1,050 dan tarikh akhir pendaftaran pada 30 April ini. Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web www.fcbarcelonamy.com atau menghubungi Suren di talian 017-2073216 atau 016- 3603143.

*Sumber dari Kosmo Online

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 8 9 1 7 3 9
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
518
572
2996
2546407
11182
23065
3891739
Alamat IP: 23.22.61.134
Waktu Pelayan: 21-01-2017 21:27:06