Disiplin Mokhtar Sukar Ditandingi

"Ghani tetap Ghani dan Mokhtar tetap Mokhtar," katanya yang turut berpengalaman melatih Mokhtar di Selangor dan pasukan kebangsaan.

Menceritakan mengenai sikap Mokhtar ketika berlatih, beliau berkata bintang penyerang itu cukup berdisiplin dan bersungguh dalam setiap apa yang dilakukan.

"Mokhtar amat berdisiplin. Tidak menipu atau curi tulang ketika berlatih. Datang tepat pada masanya dan sentiasa bekerja keras meningkatkan prestasi. Apabila latihan berakhir, adakalanya beliau akan terus berlatih. Susah hendak cari pemain sepertinya.

"Buktinya beliau sukar dicederakan. Tubuhnya kuat, kecergasannya cukup tinggi. Sukar untuk sesiapa mencederakannya melainkan berlaku kemalangan di atas padang.

"Kalau beliau masih hidup, saya yakin 100 peratus beliau akan dilantik menjadi jurulatih kebangsaan. Sama ada di dalam atau luar padang, Mokhtar memiliki segalanya untuk bola sepak termasuk kepintarannya meloloskan diri," katanya.

Menurutnya, disebabkan tauladan baik ditunjukkan, Mokhtar mudah menerima penghormatan rakan-rakan sewaktu ditugaskan menjadi ketua pasukan Selangor dan kebangsaan.

"Beliau bijak untuk berkomunikasi dalam padang dan memotivasi rakannya di luar padang. Walaupun hakikatnya mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Mokhtar hanya akan bercakap tentang perkara yang penting saja.

"Jika tidak, beliau lebih banyak mendiamkan diri," katanya.

Mengenai pelbagai tuduhan negatif dilemparkan terhadap penyakit Mokhtar, Chandran jelas tidak gemar dengan tuduhan yang disifatkannya tidak berasas.

"Beliau merupakan pemain yang amat bersih. Tidak merokok, tidak minum arak, berdisiplin tinggi dan sentiasa mementingkan kesihatan. Pada saya tuduhan itu semua sampah dan tidak masuk akal.

"Mungkin orang dengki dengannya kerana aksinya memang mengagumkan. Perlu ditegaskan, beliau berjaya kerana usaha serta sikap positifnya dan bukan disebabkan oleh faktor-faktor negatif seperti didakwa," katanya.

*Sumber dari Utusan Online

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 8 9 4 0 6 2
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
348
1170
1518
2549854
13505
23065
3894062
Alamat IP: 54.147.241.171
Waktu Pelayan: 24-01-2017 09:09:27