Dr Yunus Jumpa KBS Bincang Pembangunan Sukan Dan Belia Selangor

“Kita merancang untuk berjumpa beliau supaya diharapkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri tidak dianaktirikan,” kata beliau.Yunus Hairi Jelas beliau, pertemuan rasmi itu dijangkakan akan diadakan pada minggu depan dan surat rasmi sudah dihantar dan hanya menunggu respon daripada pihak KBS.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Penyampaian Anugerah Sukan Negeri Selangor 2012 yang diadakan di Grand Ballroom Hotel Concorde di sini. Kata beliau lagi, Kerajaan Pusat tidak wajar untuk meminggirkan negeri Selangor dalam pembangunan sukan kerana negeri ini terbukti melahirkan atlet-atlet terbaik yang banyak menyumbang kepada kemajuan sukan negara.  

“Peruntukan daripada Kerajaan Pusat wajar diberi tanpa melihat batasan politik kerana kita mahu memajukan sukan di negara kita,” kata Dr Yunus. Ujar beliau lagi, untuk penggal kedua pentadbiran Pakatan Rakyat ini penumpuan konsep ‘Sukan Untuk Semua’ akan diteruskan bagi memajukan sukan negeri.  

“Kita memberikan penumpuan kepada sukan berprestasi tinggi yang mana kecemerlangan negeri Selangor yang melahirkan atlet berjaya menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. “Kerajaan Negeri bersedia memberikan peruntukan untuk pembangunan sukan dan penambahbaikan kemudahan sukan di negeri ini,” kata beliau.  

*Sumber dari Selangorku

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 1 4 8 7 9
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
306
442
306
2672651
12008
19087
4014879
Alamat IP: 54.158.25.146
Waktu Pelayan: 24-07-2017 12:50:47