Empat Emas Milik Fatehah

Paling menggembirakan, kejayaannya sekali lagi menewaskan pelumba Australia yang juga pemenang pingat gangsa temasya Olimpik London dalam acara pecut berpasukan, Kaarle McCulloch dari pasukan Jayco Team, dalam acara keirin selepas menang acara pecut, kelmarin. Prestasi Fatehah itu turut menggembirakan ketua jurulatih, John Beasley yang percaya Fatehah mampu menyerlah di peringkat dunia.
 

Katanya, kemenangan itu memberi inspirasi buat dirinya untuk menghadapi Grand Prix Jerman dan bakal dicabar lebih banyak pelumba Eropah. “Kejohanan GP Jerman menawarkan lebih banyak mata untuk kelayakan siri Piala Dunia Klasik dan ramai pelumba handalan Eropah pasti tidak mahu melepaskan peluang itu.
 

“Saya akan terus berlatih dan kemenangan ini sedikit sebanyak memberikan saya semangat untuk terus melakar kemenangan,” katanya. Fatehah berkata, GP Jerman mungkin menemukannya dengan jaguh Jerman, Kristina Vogel, pemenang emas acara pecut berpasukan di Sukan Olimpik ketika bergandingan dengan Miriam Welte.
 

Justeru peluang itu akan digunakan sebaik mungkin bagi mensasarkan layak ke final acara keirin dan suku akhir pecut bagi melayakkannya mengutip mata kelayakan ke Kejohanan Dunia.
 

*Sumber dari Harian Metro

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 8 9 0 2 6 1
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
215
475
1518
2546407
9704
23065
3890261
Alamat IP: 54.146.139.201
Waktu Pelayan: 19-01-2017 06:09:30