Farah Ann Optimis Pertahan Emas

“Balik dari Singapura nanti, tiada istilah berehat kerana saya perlu bekerja keras untuk mengekalkan tahap kecergasan dan mempersiapkan diri sebaik mungkin bagi SUKMA. Latihan akan diteruskan macam biasa di kem kebangsaan, kami semua hanya akan menyertai kontinjen negeri ketika pertandingan berlangsung,” katanya yang akan mewakili Selangor.
 

Temasya di Kuala Lumpur 2013 ini akan menjadi temasya SUKMA kelima disertai Farah selepas penyertaan sulung pada 2004 diikuti 2008, 2010 serta 2012 : “Bagi saya, SUKMA adalah satu-satunya platform untuk para gimnas menyerlahkan potensi mereka dan diberi pendedahan.
 

“Tidak banyak kejohanan peringkat kebangsaan untuk sukan seperti gimnastik, jadi sudah tentu peluang yang ada ini perlu dimanfaatkan. SUKMA juga dalam masa sama boleh meningkatkan profil sukan ini, peminat sukan tahu, nampak bahawasanya sukan gimnastik ini wujud dan tidak terpinggir,” ujar Farah yang merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil.
 

Tahun lalu, Farah yang pakar dalam acara senam lantai meraih dua pingat emas menerusi acara berpasukan dan individu senam lantai, serta pingat gangsa individu keseluruhan apabila dikecewakan dua rakan dari kem kebangsaan, Tan Ing Yueh (emas) dan Tracie Ang (perak).
 

Satu-satunya pertandingan disertai Farah tahun ini adalah Kejohanan Dunia di Qatar pada bulan Mac lalu dan dia percaya masih banyak yang boleh dipertingkatkannya selepas ini : “Walaupun gagal ke peringkat akhir, tetapi mengambil kira ia kejohanan bertaraf dunia dan kejohanan pertama untuk tahun ini, saya tetap berpuas hati.
 

“Cuma, saya merasakan saya boleh buat lebih baik dan boleh meningkatkan lagi prestasi. Memang itu azam saya, sentiasa melihat ruang untuk meningkatkan prestasi serta kemahiran. Dengan bantuan jurulatih dan latihan yang berterusan, saya percaya saya boleh bertambah baik," katanya menutup perbualan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 2 1 8 1 4 5
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
445
570
3765
2857569
28402
68825
4218145
Alamat IP: 54.91.171.137
Waktu Pelayan: 15-12-2017 18:16:09