Fatehah, Firdaus Curi Tumpuan

Pingat gangsa dimenangi rakan sepasukan Fatehah, Ummi Hamimah Mohamad yang menewaskan pelumba pelapis kebangsaan, Nurul Alissa Mohamad Azman. "Perlumbaan hari ini agak sengit bila bersaing dengan pelumba Australia ini.
 

"Saya pernah menang dua kali bertarung dengan dia (Kaarie) sebelum ini iaitu sebelum Sukan Olimpik 2012 di London dan satu kejohanan di Australia. Ini kali ketiga saya menang," kata Fatehah. Tumpuan Fatehah kini terarah kepada saingan acara keirin pada hari terakhir siri Grand Prix Asia Tenggara itu hari ini.
 

"Saingan masih lagi Kaarie. Bagaimanapun, saya tidak tahu prestasi sebenar dia sebab sekarang ini dia berpangkalan di Jepun. Apa yang saya tahu, prestasi dia lebih kurang sama sahaja dengan saya. "Saya harap dapat kekalkan pingat emas dalam acara keirin yang saya menang minggu lepas. Untuk hari terakhir esok (hari ini), saya perlu berhati-hati dan buat yang terbaik," kata Fatehah.
 

Pada saingan siri pertama minggu lepas, Fatehah tidak mendapat cabaran daripada pelumba dari luar negara dan hanya bersaing sesama sendiri bersama pelumba elit Malaysia yang lain. Sementara itu, pelumba pelapis kebangsaan, Muhammad Firdaus Mohd. Zonis menebus kekecewaan gagal meraih pingat emas dalam acara 200m pecut pada siri pertama kejohanan itu.
 

Dia menewaskan rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom pada perlumbaan akhir acara pecut 200m remaja lelaki, manakala pingat gangsa milik Muhammad Khairul Adha Rasol dari Johor yang menewaskan rakan sepasukan, Muhammad Faruq Dawod.
 

"Saya gembira sebab mendapat pingat emas dan menebus kekalahan minggu lepas. "Saya jadi bersemangat untuk dapatkan dua lagi pingat emas esok ekoran kejayaan ini. Kedua-dua acara memang saya sasar emas," kata pelumba berusia 16 tahun yang setakat ini meraih dua pingat emas.
 

Dia mengungguli acara 1 km ujian masa semalam dan tumpuan esok adalah dalam acara pecut berpasukan dan keirin. - Bernama
 

*Sumber dari Kosmo Online

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 6 3 8 9 9
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1827
709
5458
2613957
22652
22738
3963899
Alamat IP: 54.145.108.181
Waktu Pelayan: 29-04-2017 19:18:47