Firdhaus Sasar Emas Pada Penampilan Sulung

“Lagipun, saya percaya dengan kemampuan saya. Saya berada dalam sukan ini sejak usia 14 tahun, saya banyak didedahkan dengan pertandingan-pertandingan peringkat kebangsaan dan pernah menjuarai Kejohanan Super Four Piala Diraja kategori 51kg di Kedah pada ketika berusia 17 tahun. Kini tiba pula masanya untuk mencuba kehebatan di pentas SUKMA.
 

“Saya hanya perlu mengikut modul latihan daripada jurulatih untuk mempersiapkan diri sebaiknya dan saya yakin ia tidak akan menjadi satu masalah besar apabila latihan intensif bermula dalam tempoh beberapa hari lagi. Beri komitmen dan tumpuan penuh, itu adalah kuncinya,” ujar atlet berusia 20 tahun ini.
 

Pelajar lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari di Kulim ini turut berpendapat penyenaraian sukan Muay Thai pada edisi ke-16 ini oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai satu inisiatif yang perlu diberi sokongan kerana ia membuktikan MSN sentiasa memantau perkembangan sukan itu yang semakin mendapat sambutan.
 

Mac lalu, MSN menerusi Ketua Pengarahnya, Dato’ Seri Zolkples Embong mengesahkan Muay Thai dan Woodball akan dipertandingkan buat pertama kali di SUKMA yang akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 28 Jun hingga 7 Julai menjadikan jumlah keseluruhan sukan yang dipertandingkan adalah 20.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 6 0 1 2
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
414
633
4503
2586908
17503
19606
3936012
Alamat IP: 54.147.212.173
Waktu Pelayan: 25-03-2017 17:50:13