Futsal Manjadi Tumpuan di Majlis Perundian Sukan Malaysia 2013

Dengan ketiadaan sukan bolasepak, futsal lelaki adalah antara acara yang menjadi tumpuan di mana Johor yang akan turun sebagai pemenang emas pada 2011 ketika SUKMA pertama kali dilangsungkan sebagai acara tahunan, diundi di dalam Kumpulan A bersama-sama Selangor, Perak dan Sabah.
 

Manakala naib juara edisi 2011, Negeri Sembilan diundi sekumpulan bersama Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Perlis. Saingan lebih terbuka dapat disaksikan dalam acara bolasepak pantai lelaki yang dipertandingkan buat pertama kali di mana tiada pasukan yang dapat dilabel sebagai pilihan meskipun kelebihan sebagai tuan rumah mungkin memberi sedikit kelebihan kepada skuad Selangor.
 

Ini sekaligus membuka ruang buat empat pasukan yang mengambil bahagian untuk memburu pengiktirafan sebagai juara sulung – Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak dan Pahang diundi di dalam Kumpulan A manakala Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Kelantan berentap di dalam Kumpulan B.
 

Bagi sukan ragbi, laluan berliku menanti juara 2011, Kelantan yang diundi bersama seteru pantai timur, Terengganu dan Perak manakala Selangor yang mensasarkan untuk mara sekurang-kurangnya ke aksi final pula diundi bersama naib juara 2011, Sabah dan Melaka. Keputusan penuh undian bagi kesemua 11 jenis acara sukan dapat diakses di ruangan Keputusan Undian yang terdapat di halaman utama laman web ini.
 

Secara keseluruhan, Ketua Pengarah MSN, Dato’ Seri Zolkples Embong berkata persiapan penganjuran kali ini berjalan lancar walaupun sebelum ini terdapat isu perebutan atlet antara kontijen bertanding dan melahirkan kepercayaan SUKMA akan terus menjadi medan terbaik untuk mencungkil potensi baru arena sukan.
 

“Tiada sebarang masalah besar, daripada sembilan kes (perebutan atlet), lima sudah kita selesaikan secara rundingan, manakala empat lagi MSN akan membuat keputusan. Bolasepak pantai wanita pula tidak mendapat sambutan, hanya empat pasukan sahaja, tetapi kita tetap teruskan kerana ada pasukan sudah menjalani latihan.
 

“Yang pastinya, kita menganjurkan SUKMA bukan untuk melengkapkan kalendar sukan semata-mata, tetapi lebih daripada itu memberi ruang kepada para atlet membuktikan potensi mereka dan menyerlah menjadi kebanggaan negara satu masa nanti.”

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 9 8 5 3
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
201
771
2799
2592620
21344
19606
3939853
Alamat IP: 184.73.47.110
Waktu Pelayan: 30-03-2017 04:57:46