Gergasi Merah Mudah Benam Cabaran Sabah

 

Rentak permainan longlai dipamerkan kesebelasan utama Sabah termasuk gandingan penyerang - Koh Troare dan Juffrey Omopor turut mengundang ejekan kira-kira 3,000 penyokong setia Sabahawks.

Selangor yang diperkuatkan dengan kehadiran beberapa tonggak skuad Harimau Malaya memulakan rentak kemenangan menerusi gol pertama pada minit ke-45.

Gol pembukaan itu hadir menerusi penyerang import, Francis Forkey Doe yang mudah menyemak masuk bola akibat keadaan kelam kabut di dalam kotak penalti Sabah.

Bersambung babak kedua, tuan rumah bangkit memburu gol penyamaan, namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan lawan diketuai kapten Selangor, Asrarudin Putra Omar.

Sebaliknya, Selangor berjaya melancarkan gerakan satu dua antara Doe dan Mohd. Raimi Mohd. Nor dari luar kotak penalti sebelum Raimi mudah memperdayakan penjaga gol Sabah, Shahril Saari untuk gol kedua The Red Giants pada minit ke-52

Pada minit ke-87, Doe sekali lagi membuktikan kewibawaannya apabila meledak gol kedua peribadinya untuk memberikan kemenangan mutlak 3-0 kepada pasukan pelawat.

Mengulas mengenai kekalahan itu, jurulatih Sabah, David McCreery tanpa berselindung melahirkan rasa kecewa dengan apa yang dipamerkan anak-anak buahnya.

Menurut McCreery, kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan para pemainnya menjadi punca utama kepada kekalahan besar yang dialami Sabah pada perlawanan itu.

"Jaringan pertama Forkey Doe pada lewat permainan babak pertama seperti menyentap semangat pemain-pemain saya selepas mereka kental bertahan.

"Namun, kami mudah hilang fokus terutama di bahagian tengah sementara bahagian serangan pula gagal berfungsi dengan baik," katanya.

McCreery turut mengakui corak permainan yang ditunjukkan anak-anak buahnya sememangnya jauh berbeza seperti mana ketika menewaskan Felda United sebelum ini.

"Bagaikan seperti hilang arah. Para pemain tidak mengetahui apa yang harus dilakukan kerana lebih banyak membuang bola dan tidak mengejar selepas kehilangan bola.

"Tiada alasan pengalaman kerana terdapat beberapa pemain sudah pernah beraksi dalam kempen seperti ini," katanya.

*Sumber Dari Kosmo Online

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 9 8 3 7
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
185
771
2783
2592620
21328
19606
3939837
Alamat IP: 184.73.47.110
Waktu Pelayan: 30-03-2017 04:53:58