Gimnastik Selangor Teruskan Dominasi

Gimnas senior Selangor, Farah Ann Abdul Hadi berkata : “Saya bangga kami berjaya pertahankan pingat emas, saya sangat kagum dengan semua rakan sepasukan saya yang memberi aksi terbaik mereka. Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu misi menangi emas ini tercapai.

“Tahun lalu kita menang dengan beza satu mata sahaja, kali ini lebih dari tiga jadi ia tentunya satu pencapaian yang baik. Ini membuktikan kita semakin bertambah baik dari pasukan tempat kedua dan harap prestasi ini dapat dikekalkan,” kata Farah.

Selain Farah, Selangor turut dianggotai Letitia Ng, Nur Afiqah Rosnan, Nur Azira Aziri, Nur Elli Elina Azmi dan Sarah Aneesa Mazwan yang mempamer aksi kelas tersendiri untuk mengungguli saingan yang berlangsung di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara.
Sarawak yang dianggotai Emelda Arecia, Linda Lin, Nur Amirah Hidayah, Sufi As Sofiyah dan Syahzani Izati meraih pingat perak dengan kutipan 182.75 mata manakala Melaka meraih gangsa dengan kutipan 179.55 mata.

Terdahulu pada hari pembukaan sukan gimnastik pada Ahad, pasukan lelaki Selangor dianggotai Daniel Iskandar Richard, Chau Jern Rong, Benjamin Cheong, Chim Ai Di, Gan Gang Wend an Tan Fu Jie meraih emas dengan mengetepikan Pulau Pinang dan Pahang.

*** Sumber : Majlis Sukan Negara Malaysia

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 8 4 3 0
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
516
860
1376
2592620
19921
19606
3938430
Alamat IP: 54.163.117.182
Waktu Pelayan: 28-03-2017 14:24:35