Gol Saat Kritikal

“Amri ini kadang-kadang dia tak dapat jaring gol...tapi dalam keadaan kritikal dapat membuahkan jaringan-jaringan menarik,” kata Irfan, semalam. Amri - pemain skuad Harimau Malaya - sudah menjaringkan empat gol setakat ini dalam kejohanan. Apa pun dia menambah: “Saya juga tetap bangga dengan keseluruhan persembahan skuad Selangor biarpun kami tidak dapat menggunakan beberapa pemain utama.”
 

Sementara itu, rakan sejawatannya dari Kelantan, Bojan Hodak berwajah ceria selepas kejayaan The Red Warriors mara ke pusingan kedua selepas menjuarai Kumpulan G menewaskan Ayeyawady United 3-1 di Kota Bharu, kelmarin. “Ia amat melegakan pada saat ini selepas tertekan dengan jadual padat dan masalah prestasi sebelum ini,” katanya elepas menyaksikan jaringan Dimitri Petratos, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim dan Mohd Badhri Radzi membutirkan mata penuh pasukan.
 

Selangor muncul naib pendahulu Kumpulan H dan berkongsi lapan mata bersama Saigon Xuan Thanh tetapi layak dengan kelebihan jaringan sekali gus mengikuti jejak East Bengal ke pusingan kalah mati berula 15 Mei ini. Irfan berkata, beranggapan pasukannya itu berjaya mempamerkan peningkatan walaupun tanpa kehadiran beberapa tonggak utama seperti penyerang import, Francis Forkey Doe.
 

Bagaimanapun dia terkilan sedikit dengan kealpaan anak buahnya melepaskan kelebihan dua gol dan membiarkan juara Liga Singapura itu menyamakan kedudukan sebelum Amri Yahyah meledak gol kemenangan pada minit ke-76.
 

“Barisan pemain saya beraksi tanpa tekanan memandangkan mereka mengetahui pasukan lawan (Tampines Rovers) sudah tidak layak untuk mara ke peringkat seterusnya,” kata Irfan. “Tetapi ada masanya mereka bermain sambil lewa menyebabkan kami yang mendahului dua gol awal, diikat oleh Tampines Rovers.”
 

*Sumber dari Berita Harian Online

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 6 6 5 6
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
339
719
5147
2586908
18147
19606
3936656
Alamat IP: 54.166.77.32
Waktu Pelayan: 26-03-2017 09:35:04