Henjutan Fatehah

Fatehah, 24, melakukan pecutan bertenaga untuk melintasi garisan penamat dengan catatan masa 12.586 saat bagi menewaskan Mc Culloch yang merekodkan 12.682s. Seorang lagi pelumba negara, Ummi Hamimah Mohamad daripada SDF juga tidak pulang tangan kosong apabila menduduki tempat ketiga dengan rakaman masa 13.006s.
 

Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan pelumba kelahiran Terengganu itu mempertahankan tiga pingat emas yang dimenanginya pada pusingan pertama GP Asia Tenggara juga di Cheras minggu lalu. Selain menjuarai acara keirin, Fatehah turut memenangi acara pecut berpasukan bergandingan dengan Ummi Hamimah dan 500 meter ujian masa individu.
 

"Gembira sekali kerana dapat mengekalkan tiga pingat emas, terutamanya emas hari ini (semalam) selepas menewaskan Mc Culloch. "Bukan senang nak mengalahkannya. Sebelum ini saya dua kali tewas kepadanya, jadi kali ini memang saya puas hati. "Saya tidak tahu apa yang terjadi kepadanya, mungkin dia keletihan selepas pulang daripada latihan di Jepun dan saya sudah beberapa bulan menjalani latihan. Mungkin nasib saya baik hari ini," jelas Fatehah semalam.
 

Kejayaan itu juga mungkin menjadi penyuntik semangat yang amat dinantikan Fatehah menjelang GP Jerman di Cottbus hujung bulan depan. Fatehah akan turun dalam dua acara di bumi Jerman nanti dengan misi menambah mata kelayakan ke Kejohanan Dunia dalam acara keirin dan pecut.
 

"Saya akan menyertai GP Kebangsaan selepas ini dan kemudian akan terbang ke Jerman. Kejayaan menewaskan Mc Culloch kali ini akan menjadi penyuntik semangat kepada saya untuk mengumpul mata acara keirin dan pecut nanti. "Misi saya di Jerman nanti sekurang-kurangnya layak ke final acara keirin dan suku akhir acara pecut.
 

"Saingan di sana nanti amat sengit kerana saya akan bersaing dengan semua pelumba hebat Eropah nanti. "Apa pun saya akan cuba melakukan yang terbaik," tambah Fatehah.
 

*Sumber dari Kosmo Online

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 1 8 0 1 7 9
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1952
2495
6435
2814810
59261
47629
4180179
Alamat IP: 54.156.92.243
Waktu Pelayan: 22-11-2017 20:43:07