Karnival Sungai Klang Janjikan Kemeriahan, 13-14 Mac 2010

Sultan Selangor, Tuanku Sultan Sarafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli untuk berangkat bagi melepaskan peserta Larian Bandar Diraja yang dijangka disertai kira-kira 5,000 peserta.
 
Selain Larian Bandar Diraja, Karnival Sungai Klang 2010 ini juga akan dimeriahkan dengan pelbagai acara lain seperti pertandingan kayak, pertandingan memancing, ‘River Hunt’, pertandingan melukis, ‘Flying Fox’ dan ‘Shopping Game’, persembahan kombo pihak berkuasa tempatan dan hiburan artis tempatan.
 
Pembangunan di pesisir Sungai Klang menjadi fokus utama kepada kerajaan negeri dan usaha ini menjadi agenda penting dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang sedang berjalan dan bakal memberi manfaat kepada seluruh rakyat Selangor.
 
Rakyat Selangor boleh mengetahui lebih lanjut lagi tentang rancangan pembersihan dan pembangunan Sungai Klang melalui pameran yang diadakan  jabatan kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
 
Orang ramai dijemput dan dialu-alukan menghadiri Karnival Sungai Selangor 2010 ini yang pertama kali diadakan di negeri ini.
 
Karnival ini dianjurkan bersama MPK, PKNS, PNSB, HSBC Amanah, Salcon PPC Joint Venture, Global Environment Centre, Soka Gakkai Malaysia dan Majlis Sukan Negeri Selangor.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 6 0 1 8
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
420
633
4509
2586908
17509
19606
3936018
Alamat IP: 54.147.212.173
Waktu Pelayan: 25-03-2017 17:50:59