Kejohanan Sepak Takraw Liga Siri Super Sirkit II

SELANGOR – Pasukan Selangor telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Liga Siri Super PSM 2011 yang diadakan pada 22-23 September bertempat di Dewan Wawasan, Kangar, Perlis. Selangor menerajui kedudukan mata sejak Sirkit I Siri Super tetapi pencabar terdekatnya di Melaka yang juga naib juara Piala Khir, Kuala Lumpur kini turun ke tangga ketujuh sementara tempat ketiga selepas aksi di Kangar menjadi milik Terengganu, terikat 14 mata dengan PSM.

Kedudukan ini disusuli dengan Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (Pestans) yang di Melaka lalu, menggunakan nama Majlis Sukan Negeri Sembilan (MSNS) selain Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masing-masing di tempat kelima dan keenam.

Namun, agak mengecewakan ialah penarikan diri mengejut Melaka dan Pahang daripada Siri Super di Kangar ini sekali gus memaksa jawatankuasa pertandingan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) merombak dan membatalkan kesemua keputusan perlawanan lalu yang melibatkan mereka.

Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor yang hadir pada Majlis Perasmian Kejohanan tersebut, telah menyampaikan cenderamata khas kepada YAB Dato' Menteri Besar Perlis sebagai tanda kenang-kenangan. Beliau juga dapat meluangkan masa mengadakan perjumpaan dengan Atlit-Atlit Selangor yang bertanding, dan menyampaikan amanat sebagai suntikan semangat menjelang hari kejohanan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 1 6 0 2 2
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
80
592
1449
2672651
13151
19087
4016022
Alamat IP: 54.156.78.4
Waktu Pelayan: 26-07-2017 02:41:10