Mais Minta Majlis Sukan Negeri Selangor Beri Perhatian Segera Larangan Pakai Sut Renang Tutup Aurat

"Kita sudah menghubungi MSNS dan minta mereka beri penjelasan...jadi MSNS tolong ambil perhatian kerana isu ini melibatkan kepentingan awam khususnya mereka yang beragama Islam," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Mohamad Adzib berkata, tiada perbincangan pernah dibuat di antara Mais dan MSNS sebelum ini berhubung etika dan peraturan di kolam renang, termasuklah di Pusat Akuatik Darul Ehsan di Shah Alam yang menjadi lokasi pertandingan.

Rundingan yang dimaksudkan termasuklah tidak membenarkan pengunjung kolam renang itu memakai pakaian renang dengan ciri Islamik daripada menyertai pertandingan renang yang diadakan pada Sabtu dan Ahad lepas.

"Perkara ini tak pernah dibawa berunding dengan Mais. Tak pernah ada perbincangan.

"Sekarang ini terpulang pada MSNS lah sebagai penganjur (untuk selesaikan)," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata Mais hanya mendapat tahu tentang perkara ini apabila aduan dikemukakan oleh ibu bapa peserta yang tidak dibenarkan bertanding.

"Mais tak tahu apa-apa sehinggalah diberitahu. Tapi tak tahu secara mendalam.

"Apa yang kita tahu mula-mula peserta dibenarkan masuk dan menyertai pertandingan. Hari seterusnya bila mereka (peserta) datang lagi langsung tak dibenarkan masuk atas alasan tak patuh peraturan pakaian," katanya.

Mohamad Adzib berkata, buat masa ini Mais tidak berhasrat mengambil tindakan selanjutnya dan menyerahkan perkara ini kepada MSNS untuk diselesaikan.

"Mesti ada caranya, perkara ini kena urus dengan betul.

"Kalau tak, lepas ini (orang Islam) tak payah ambil bahagianlah dalam pertandingan renang," ujarnya lagi.

Pengarah Eksekutif MSNS, Norzamri Ishak ketika dihubungi mStar Online untuk menjelaskan perkara ini enggan mengulas lanjut.

Dalam satu kenyataan dalam akhbar Utusan Malaysia, Khamis, MSNS akan menyiasat dakwaan ini dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi setelah memperolehi maklumat tentang kejadian itu.

Akhbar itu mendedahkan dakwaan seorang pengendali sebuah sekolah tahfiz yang kesal dengan tindakan penganjur pertandingan renang yang tidak membenarkan 10 peserta termasuk empat pelajarnya menyertai pertandingan pada hari terakhir atas alasan pakaian tersebut tidak memenuhi syarat.

Beliau kesal kerana pihak penganjur bersikap berat sebelah kerana para peserta bukan tidak memakai pakaian renang, sebaliknya pakaian renang yang dipakai adalah menutup aurat.

Akibat larangan tersebut, terdapat ibu bapa peserta di bawah 12 tahun terpaksa membelikan anak masing-masing pakaian renang yang tidak menutup aurat kerana simpati terhadap anak-anak yang telah berlatih untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 2 1 7 8 6 2
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
162
570
3482
2857569
28119
68825
4217862
Alamat IP: 54.82.79.109
Waktu Pelayan: 15-12-2017 06:58:07