MB: Kompleks Sukan Untuk Daerah

SHAH ALAM, 17 MEI: Setiap daerah di Selangor bakal mendapat kompleks belia melalui peruntukkan Geran Selangorku sebagai usaha membudayakan sukan.

Khabar gembira ini diumumkan sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Ramah Mesra Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama Kontinjen Selangor Sukma 2012.

Menurut Abdul Khalid, sebanyak RM 8 juta diperuntukkan bagi pembinaan kompleks ini dan semua pegawai daerah diminta bersedia untuk melaksanakan program ini.

“Setiap daerah mendapat gelanggang belia. Satu gelanggang futsal, bola jaring dan dataran belia. Peruntukan telah dibuat dan sudah diberikan.

“Dari RM20 juta, RM 8 juta digunakan untuk persediaan,” katanya.

Turut hadir Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan Selangor, Dr. Ahmad Yunus Hairi, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Arif Abd Rahman selaku Timbalan Ketua Kontinjen.

Dr Ahmad Yunus yang ditemui dalam sidang media berkata, program kompleks belia ini akan diperluaskan ke seluruh 56 Dun di Selangor mengikut kesesuaian setempat.

“Kita menganggarkan sebanyak RM 200,000 semua prasarana yang akan dibuat dan perancangan kita ingin membuat di semua Dun dengan kos RM8 juta hingga RM10 juta.

“Bergantung kepada keperluan sebab antara spesifikasinya kalau tanah gambut kita akan adakan piling. Itu yang akan buat perbezaan dari segi harga,” katanya.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 9 7 5 8 3
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
437
716
2539
2651361
13799
18666
3997583
Alamat IP: 54.225.3.114
Waktu Pelayan: 22-06-2017 19:53:22