Memanah Muncul Olahragawan dan Olahragawati SUKSES ke-9

Ketika ditemui Selangorkini selepas majlis itu, Cheng Feng dan Siti Farah Izzati yang masih menunutut, berharap akan terus mencipta kecemerlangan dalam bidang sukan diceburi dan terpilih mewakili Selangor, seterusnya Malaysia.

Biarpun Hulu Langat yang diwakili dalam SUKSES ke-9 ini tidak muncul juara keseluruhan, tetapi kedua-dua mereka tetap mengganggap kejayaan ini sesuatu yang membanggakan bagi kontinjen tersebut.

Cheng Feng berkata, SUKSES kali ini memberikan cabaran hebat bagi dirinya kerana ia turut disertai peserta lain yang mampu membuat kejutan.

“Kali ini sukar untuk dapatkan semua emas sebab ramai pencabar, tetapi saya dah dikira berjaya,” katanya yang nyata gembira dengan kejayaan meraih empat emas dan satu perak dalam lima acara yang disertainya.

Cheng Feng yang terlibat dalam SUKSES buat kali kedua berharap kejayaan ini akan melayakkan dirinya mewakili Selangor dalam Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.

“Macam bertuah, gembira, bangga kerana menjalani latihan dengan gigih dan kuat,” ujarnya mengulas kejayaannya muncul Olahragawan SUKSES ke-9 ini.

Bagi Siti Farah Izzati pula, kejayaan empat emas dalam SUKSES ini juga adalah pencapaian membanggakan bagi dirinya yang masih muda.

Malah kejayaan muncul sebagai Olahragawati adalah sesuatu yang membanggakan kerana ia turut disertai atlet lain yang berpotensi dan berkebolehan.

“Sebenarnya kalau boleh nak dapat lima emas, tetapi satu tak dapat tak apalah…” tetap bangga dan gembira,” katanya yang muncul Olahragawati SUKSES dalam usia muda.

Hadir sama Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam, Dr Yaakob Sapari.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 8 0 3 8 1
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
373
763
3598
2633747
15263
23871
3980381
Alamat IP: 54.162.184.185
Waktu Pelayan: 27-05-2017 12:33:14