Minat Mendalam Pendorong Izyan Zafirah

“Penglibatan saya sebagai sukarelawan di temasya sukan bermula ketika AUG 2008 yang berlangsung di ibu negara apabila saya ditugaskan sebagai pegawai Liason (perhubungan) untuk kontijen Timor Leste. Saya membantu menguruskan segala apa yang diperlukan dan saya suka untuk melakukannya, ia satu pengalaman yang menarik.
 

“Dari situ, minat saya untuk terlibat sebagai sukarelawan di temasya sukan bertambah dan sejak saya melibatkan diri dalam sukarelawan ini ramai kawan-kawan yang telah saya tarik untuk terlibat sama dalam program berbentuk sukarelawan. Saya melakukannya bukan untuk cari nama dan tidak mengharap apa-apa kerana niat saya adalah mahu melihat lebih ramai generasi muda menjadi seorang sukarelawan,” kata Izyan.
 

Ini adalah kali kedua Izyan akan terlibat sebagai sukarelawan SUKMA selepas kali pertama pada 2011, juga di Kuala Lumpur. Dia yang ditemui ketika menghadiri Kursus Intensif MySukarelawan di Bukit Jalil turut berkata pada hakikatnya ramai belia di luar sana yang berminat untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti ini tetapi tidak diberi pendedahan wajar malah ramai yang tidak tahu bagaimana caranya mahu terlibat sama.
 

Seramai 350 sukarelawan akan terlibat di dalam menjayakan penganjuran SUKMA ke-16 tahun ini yang akan berlangsung dari 28 Jun hingga 7 Julai depan dan Izyan tidak sabar untuk menantikan temasya bermula untuk sama-sama merasai satu lagi pengalaman hebat dapat memberikan khidmat kepada para atlet mahupun pegawai pasukan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 1 3 6 1 0
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
181
507
1760
2568158
14707
18346
3913610
Alamat IP: 174.129.114.211
Waktu Pelayan: 22-02-2017 11:57:20