Misi layak Piala Dunia 2014

 “Kita sudah berada di landasan tepat dengan kebangkitan pemain muda yang diserapkan dalam pasukan senior seperti Fitri (Saari) dan Faiz Helmi (Jali).

“Lebih menggembirakan kebangkitan semula pemain yang sudah bersara seperti Chua Boon Huat dan pemain veteran yang masih mampu mengekalkan prestasi terbaik seperti Azlan Misron dan Mohamad Sukri Abdul Mutalib,” katanya.

Dua peluang terbaik skuad negara untuk layak ke Piala Dunia menerusi saingan separuh akhir Liga Dunia di Johor Bahru bermula 29 Jun hingga 7 Julai atau Piala Asia di Ipoh (24 Ogos hingga 1 September).

Berdasarkan prestasi semasa, skuad negara dijangka berpeluang besar layak ke Piala Dunia menerusi dua kejohanan yang berlangsung di tanah air sendiri itu sekali gus menamatkan kemarau gagal layak ke saingan itu sejak kali terakhir pada 2002.

Zolkples berkata, pelaburan besar menggaji Revington setakat ini berbaloi kerana pengendali dari Afrika Selatan itu membuktikan beliau mempunyai resipi terbaik untuk membawa skuad negara ke satu tahap lebih baik.

“Saya sentiasa memantau perkembangan latihan skuad negara dan beliau memang meletakkan satu pembaharuan dalam corak latihan kita.

“Hasilnya, kita lihat tahap kecergasan pemain yang mampu bersaing dengan pemain terbaik dunia lain.”

*Sumber dari Harian Metro, arena

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 1 0 4 9 9 8
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1609
1707
10593
2745210
31709
33963
4104998
Alamat IP: 54.81.79.128
Waktu Pelayan: 22-10-2017 18:06:06