Tuan Aziz berkata selain muay thai, sukan lain yang diyakini berpotensi cerah menghadiahkan pingat atau lebih tepat disasarkan membawa pulang emas buat kontijen Cik Siti Wan Kembang itu adalah Ragbi, Gimnastik dan Bola Baling.
“Kita mempunyai skuad ragbi dan bola baling yang mantap, manakala gimnastik artistik pula kita ada beberapa atlet yang mampu menyerlah. Kita memiliki bekas atlet kebangsaan yang dahulunya berlatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan ketika berlatih sepenuhnya di bawah program MSNK. Pengalaman yang ada padanya adalah kelebihan bagi kita.”
Kontinjen Kelantan ke SUKMA kali ini akan bertanding dalam 11 jenis sukan daripada keseluruhan 20 sukan yang dipertandingkan iaitu bola tampar pantai, bolasepak pantai, bola jaring, sofbol, bola keranjang, ping pong, bina badan, gimnastik artistik, bola baling (lelaki dan wanita), ragbi dan muay thai.
Pada edisi ke-14 di Kuala Lumpur dua tahun lalu apabila SUKMA mula dianjurkan sebagai kejohanan tahunan, Kelantan hanya berupaya meraih 3 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa seterusnya menduduki tempat ke-11 senarai pungutan pingat.