Pakaian Renang Jadi Kontroversi

Penceramah bebas yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Al-Ijabah, Muhamad Abdullah, berkata tindakan itu dianggap tidak wajar dan seolah-olah satu diskriminasi agama serta penganiayaan terhadap kanak-kanak terbabit.

“Kenapa kanak-kanak ini tidak boleh masuk kolam, mereka bukan berenang memakai jubah atau purdah, sebaliknya memakai baju renang dan adakah dengan menutup aurat, mereka dianaktirikan hingga kanak-kanak ini dipinggirkan.

“Baju yang mereka gunakan adalah baju renang khas untuk muslim. Anak saya menangis kerana tidak dapat masuk (pertandingan). Mana hak orang Islam di negara sendiri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Muhamad berkata, beliau sudah mengajukan isu terbabit kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan MAIS berjanji untuk menyelesaikannya.


“Saya juga akan bertemu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk berbincang mengenai perkara ini dan mungkin membawa isu berkenaan untuk perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,” katanya.

Sementara itu, jurulatih sebuah kelab renang, Mohd Bukhari Ibrahim, berkata beliau ada meminta penjelasan penganjur, namun alasan diberikan amat mengecewakan.

“Mereka tidak benarkan kita ikuti pertandingan, sebab kanak-kanak ini memakai pakaian renang menutup aurat,” katanya.

Peserta, Abdullah Fateh Muhamad, 12, berkata dia kecewa kerana hanya dapat melihat kanak-kanak lain menyertai kejohanan itu selepas diarah meninggalkan kolam terbabit.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 6 8 9 9 8
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
640
1002
1642
2717343
29672
19913
4068998
Alamat IP: 23.20.13.165
Waktu Pelayan: 26-09-2017 17:14:19