Pandelela Atlet Terbaik Anugerah SAM-100Plus 2012

Buat julung kalinya, dua atlet paralimpik iaitu Hasihin Sanawi (memanah) dan Mohd Ziyad Zolkefli (lontar peluru) turut dicalon merebut anugerah itu.

Kejayaan itu membolehkan Pandelela membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 selain trofi yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dalam rakaman video yang disiarkan pada majlis itu, Pandelela berkata: “Ribuan terima kasih kepada SAM kerana memilih saya dan tidak lupa kepada ibu dan bapa serta jurulatih yang banyak memberi semangat kepada saya sebelum ini.

“Diharap anugerah ini menjadi pendorong kepada saya dan atlet lain untuk terus mengejar kejayaan pada masa akan datang.”

Pemenang gangsa acara 10 meter platform individu wanita Sukan Olimpik London itu memohon maaf kerana tidak dapat menyertai majlis semalam kerana menjalani latihan di China.

Olahragawati Kebangsaan 2011 itu meraih perak Kejohanan Terjun Dunia di Moscow, Russia pada 2011 dan gangsa acara sama Sukan Universiti Dunia 2011 di Shenzhen, China.

Sementara itu, pemanah remaja kebangsaan, Haziq Kamaruddin dijulang pemenang Anugerah Atlet Remaja Terbaik 2012 manakala pelumba Moto3 GP Zulfahmi Khairuddin menerima Anugerah ‘Outdo Yourself 100Plus’ atas prestasi cemerlang muncul naib juara perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Malaysia 2012.

Zulfahmi turut mencatat kemenangan podium dengan menduduki tempat ketiga GP Valencia, Sepanyol, tahun lalu.

Wartawan sukan akhbar The Star, Rajes Paul meraih anugerah utama Kewartawanan Sukan SAM-KBS 2012 dan menerima wang tunai RM7,000 serta piala.- BERNAMA

 

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 1 3 6 1 5
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
186
507
1765
2568158
14712
18346
3913615
Alamat IP: 174.129.114.211
Waktu Pelayan: 22-02-2017 11:57:50