Pelari Pelapis Pamer Taring

Tiada rekod baru dicipta pada saingan membariskan 17 acara itu. Husniah berkata, dia berpuashati dengan catatan peribadi terbaik tahun ini, 11.91s, mengatasi S Komalam dan kakaknya, Zaidatul Husna. “Pencapaian itu permulaan baik memandangkan ketiadaan Siti Zubaidah Adabi dan beberapa pelari senior lain. “Acara hari ini memberi peluang membuktikan kemampuan saya sekalipun fokus utama adalah 4x100m.

“Saya harap dapat memperbaiki catatan pada Terbuka Taiwan bulan depan,” kata pelari berusia 20 tahun itu.
Robani meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat beraksi kerana kejang betis 20 minit dalam saingan yang sepatutnya empat penjuru.

“Saya rasa betis seperti dihiris pisau hingga menyebabkan pergerakan terhincut-hincut. Saya dapat merasakan otot koyak. Mungkin terlalu memaksa melepasi pagar pada sesi memanaskan badan. Kecederaan ini memerlukan saya berehat selama lebih seminggu sebelum kembali berlatih,” katanya.

Rayzman dalam nada ringkas berkata, dia memerlukan lebih kejohanan untuk disertai dan mahu mendapatkan semula tahap kecergasan terbaik selepas berehat selama beberapa bulan.

*Sumber dari Harian Metro Online

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 1 3 8 1 1
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
382
507
1961
2568158
14908
18346
3913811
Alamat IP: 54.159.242.217
Waktu Pelayan: 22-02-2017 14:18:26