Perlawanan Persahabatan Sosial MSNS dan Veteran FAS

Pengurus pasukan MSNS, Sharizal Izani Mohd Din, berkata, pasukannya yang dikenali sebagai Savet Social Club (Savet SC) sentiasa mengadakan perlawanan persahabatan bagi mengeratkan hubungan sesame pekerja.

“Selain itu, kami juga berbanga dapat bermain dengan beberapa bekas pemain Selangor dan juga dapat mengeratkan lagi hubungan dengan persatuan sukan di bawah MSNS,” katanya.

Dalam perlawanan yang dijalankan secara tiga kali separuh masa itu menyaksikan veteran FAS yang diwakili pihak pengurusan FAS serta kelab gabungannya berjaya menewaskan pasukan MSNS dengan jaringan 5 – 3.

Gol pasukan veteran FAS dijaringkan oleh Anuar Abu Bakar (2 gol), P. Maniam (2 gol), dan satu lagi dijaringkan oleh Murali.

Sementara itu, gol pasukan Savet SC dijaringkan oleh Razif Abd Rani (2 gol) dan Roslan menambah satu lagi gol untuk pasukan.

“Walaupun tewas, pasukan Savet SC berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun berhadapan dengan beberapa pemain yang pernah mengharumkan nama Selangor satu ketika dulu,” ujar Sharizal.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 6 1 0 7 1
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
269
828
2630
2613957
19824
22738
3961071
Alamat IP: 54.166.186.79
Waktu Pelayan: 27-04-2017 07:24:05