Persiapan Awal Hadapi SUKMA

Bertempat di Carlton Holiday Shah Alam, MSNS telah menganjurkan satu bengkel latihan mental khusus untuk jurulatih yang melatih atlet Sukma Selangor.

Dihadiri oleh 40 jurulatih yang melatih atlet Sukma 2008, Bengkel Latihan Mental ini diadakan sebagai persediaan awal Selangor bagi menghadapi kejohanan tersebut.

Bengkel yang dikendalikan di bawah Unit Kejurulatihan Sukan ini menekankan pelbagai aspek dari segi psikologi sukan dan persiapan mental atlet dan jurulatih.

Ketua Unit Kejurulatihan Sukan MSNS, Aminudin Mohd Nasir berkata kursus ini diadakan sebagai persediaan awal untuk menghadapi Sukma nanti.

Kursus dua hari yang bermula hari ini dikendalikan oleh Pensyarah Kanan Pusat Sukan Universiti Malaya (UM), Dr Balbir Singh Gill.

Dr Balbir Singh Gill merupakan seorang yang berpengalaman luas di dalam psikologi sukan selain mempunyai pengalaman di dalam kejurulatihan sukan dalam dan luar negara.

Negeri Selangor telah bergelar juara keseluruhan sebanyak tujuh kali semenjak Sukma diperkenalkan.

Apa yang lebih menarik, enam daripadanya diperoleh secara berturut-turut sejak tahun 1996.

Menjelang Sukma 2008, pelbagai persiapan telah dijalankan bagi memastikan juara keseluruhan Sukma kekal menjadi milik negeri Selangor.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 8 2 3 6 1
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
223
607
830
2637894
17243
23871
3982361
Alamat IP: 54.162.91.86
Waktu Pelayan: 30-05-2017 10:57:37