Pertandingan Foto Meriahkan Sukan Malaysia XVI

"Pertandingan ini terbuka kepada semua pihak media tetapi mereka hendaklah mempunyai pas akreditasi, selain menyertakan sedikit keterangan gambar (caption) terhadap sesuatu foto yang dirakam.
 

"Sudah pasti, MSN mengutamakan gambar yang menarik, kreatif dan ada kaitan dengan temasya yang sedang berlangsung untuk memenangi hadiah utama RM2,000 yang disediakan," kata Zolkples dalam sidang media di Bukit Jalil, hari ini.
 

Sebelum itu, beliau menerima kunjungan dan lawatan delegasi Exco Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), diketuai Presidennya, Ahmad Khawari Isa yang hadir meninjau beberapa gelanggang dan Pusat Media Utama (MPC) Sukma XVI di Dewan Komanwel, Kompleks Sukan Bukit Jalil. Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukma, Dato’ Ab. Jalil Abdullah.
 

Zolkples berkata, selain hadiah utama, penganjur turut menyediakan 10 hadiah sagu hati sebanyak RM500 setiap satu.
"Selain memeriahkan penganjuran Sukma XVI, saya berharap pertandingan foto menarik seperti ini akan menjalinkan hubungan dan persefahaman lebih erat di antara MSN dan pengamal media, khususnya ahli-ahli SAM," katanya lagi.
 

Menurutnya, sehingga kini, semua persiapan gelanggang untuk menghadapi temasya itu berjalan lancar dan MSN hanya menanti detik kehadiran kira-kira 5,000 atlet dan pegawai yang mengambil bahagian. Acara sofbol akan membuka tirai pertandingan SUKMA XVI di Padang Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 25 Jun, diikuti lawan pedang pada 27 Jun di Gimnasium 3 MSN Bukit Jalil, sebelum acara perasmian pada 28 Jun ini.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 6 0 8 4 4
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
42
828
2403
2613957
19597
22738
3960844
Alamat IP: 54.81.192.214
Waktu Pelayan: 27-04-2017 01:30:11