Program Berbuka Puasa Majlis Sukan Negeri Selangor 2011

SHAH ALAM - Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia, Majlis Sukan Negeri Selangor melalui Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah mengadakan Program Berbuka Puasa dan Pemberian Sumbangan Majlis Sukan Negeri Selangor pada 19 Ogos 2011 bertempat di Intekma Resort & Convention Centre, Seksyen 7 Shah Alam.


Program ini telah diserikan dengan kehadiran para jemputan VIP yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengurus MSN Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pembantu EXCO Belia & Sukan, Persatuan-persatuan di bawah MSN Selangor, YAKEB, MILO, NESTLE Sdn. Bhd. dan STENCO Belia & Sukan Negeri Selangor.  Pemberian sumbangan berbentuk hamper dan wang saguhati telah diberikan kepada adik Mohammad Nor Ashraff bin Amran, adik Nursyahmira Anis binti Saidi Ahmad, adik Shuhada binti Sahidan, adik Nur Azira binti Aziri dan Encik Yahya bin Ahmad  selaku atlet Selangor yang telah disampaikan oleh Y.B. Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, selaku Pembantu EXCO Belia & Sukan Negeri Selangor.

Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk sikap muafakat serta sebagai tanda penghargaan majlis kepada Persatuan Negeri dan Organisasi/Jabatan Kerajaan yang selama ini telah banyak membantu MSN Selangor dalam pembangunan dan kecemerlangan sukan di Negeri Selangor.  Selain itu tidak dilupakan, ianya juga sebagai tanda penghargaan pihak majlis yang tidak terhingga kepada atlet-atlet Selangor yang selama ini telah banyak menyumbang tenaga dan bakti mereka dalam memastikan Negeri Selangor terus gemilang dalam arena sukan yang diceburi.

Dengan adanya penganjuran program seperti ini, diharapkan hubungan silaturrahim dan jaringan kerjasama antara pihak MSN Selangor bersama Persatuan Negeri dan Organisasi/Jabatan Kerajaan dapat terus dikekalkan agar sama-sama berganding bahu memastikan pembangunan sukan di Negeri Selangor terus digilap serta mencapai kemajuan disamping memupuk semangat kemuafakan dan perjuangan pihak MSN Selangor bersama atlet-atlet SUKSES Selangor.  Semoga ketibaan bulan Syawal yang bakal menjelang, diharapkan MSN Selangor dapat terus melangkah maju dalam merencana program dan memproduktifkan  produk sukan Selangor bagi pembangunan sukan pada masa akan datang.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 6 8 7 4 3
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
385
1002
1387
2717343
29417
19913
4068743
Alamat IP: 54.198.52.8
Waktu Pelayan: 26-09-2017 13:24:29