Program Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri 2011 Dato’ Menteri Besar Selangor bersama Belia Negeri Selangor

SHAH ALAM - Sempena bulan Syawal yang mulia, Kerajaan Negeri Selangor dengan usahasama Majlis Sukan Negeri Selangor telah mengadakan program sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri 2011 Dato’ Menteri Besar Selangor bersama Belia Negeri Selangor dan Pemberian Sumbangan Insentif kepada atlet-atlet Selangor pada 9 September 2011 bertempat di I-City, Seksyen 7 Shah Alam.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran para jemputan VIP yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengurus MSN Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pembantu EXCO Belia & Sukan, Persatuan-persatuan di bawah MSN Selangor, STENCO Belia & Sukan Negeri Selangor dan para atlet Negeri Selangor antaranya pemain bola sepak Selangor yang mewakili Malaysia dalam Piala Suzuki AFF seperti Amri Yahya, Safiq Rahim dan Amirulhadi.  Pemberian insentif berbentuk wang saguhati telah diberikan kepada atlet –atlet Selangor terpilih mengikut pencapaian yang telah diraih oleh mereka seperti Piala Suzuki AFF, Sukan Asia di Guangzhou dan Sukan Komanwel New Delhi dan disampaikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim selaku Dato’ Menteri Besar Selangor.

 

Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk sikap muafakat serta sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada pihak-pihak terlibat yang telah banyak membantu dalam pembangunan dan kecemerlangan sukan di Negeri Selangor.  Ianya juga merupakan suatu medium untuk menjalin hubungan harmoni dan merai warga belia yang selama ini telah banyak membantu dalam memantapkan persada sukan di Negeri Selangor dengan kepelbagaian teknik dan kekreatifan mereka ketika bersukan.   Selain itu tidak dilupakan, ianya juga sebagai tanda penghargaan pihak kerajaan negeri yang tidak terhingga kepada atlet-atlet Selangor yang selama ini telah banyak menyumbang tenaga dan bakti mereka dalam memastikan Negeri Selangor terus gemilang dalam arena sukan yang diceburi.

Dengan adanya penganjuran program seperti ini, diharapkan hubungan silaturrahim dan jaringan kerjasama antara pihak kerajaan Negeri Selangor bersama Persatuan Negeri, Organisasi/Jabatan Kerajaan, atlet-atlet Selangor, pihak swasta yang terlibat dan warga belia dapat terus dikekalkan agar sama-sama berganding bahu memastikan pembangunan sukan di Negeri Selangor terus digilap serta mencapai kemajuan disamping memupuk semangat kemuafakan dan perjuangan sukan di Selangor.  Semoga bulan Syawal ini, diharapkan Negeri Selangor dapat terus melangkah maju dalam merencana program dan memproduktifkan  produk sukan Selangor bagi pembangunan sukan pada masa akan datang.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 6 6 9 2
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
375
719
5183
2586908
18183
19606
3936692
Alamat IP: 54.166.77.32
Waktu Pelayan: 26-03-2017 09:40:12