Atlet SUKMA 2016 pergiat latihan

SHAH ALAM - Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) mempersiapkan atlet negeri itu untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 yang bakal berlangsung di Sarawak pada 1 Julai 2016.

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Mohd Nizam Marjugi, berkata ketika ini atlet sedang giat berlatih bagi kejohanan itu.

Sebelum ini, peruntukan besar untuk pembangunan sukan disediakan Kerajaan Selangor bagi tujuan itu sebaik mungkin. Sementara itu, katanya projek baik pulih yang sudah dan sedang berjalan adalah gelanggang tinju di Sabak Bernam, pusat latihan angkat berat di Hulu Langat.

Katanya ini termasuk pembaikan stadium hoki di Petaling Jaya dan Klang, pusat latihan perahu layar di Kuala Langat, gelanggang petanque di Kuala Selangor termasuk baik pulih padang di Stadium Kuala Selangor, Stadium Salak Tinggi Sepang dan Stadium Mini Shah Alam.

"Kerja menaik taraf bumbung di Kompleks Arena Petaling Jaya serta gelanggang di kawasan DUN seperti futsal dan kemudahan sukan mengikut peringat " , katanya kepada SelangorKini.

 

*** Sumber dari Selangor kini

Joomla SEO by MijoSEF