Empat perlawanan pra-musim Red Giants perkukuh persiapan

SHAH ALAM 17 JAN: Sebanyak empat perlawanan pra-musim dijadualkan pasukan bola sepak Selangor, Red Giants bagi menghadapi cabaran 2016.

Perlawanan pertama melibatkan pasukan Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada 19 Januari ini di Stadium Majlis Perbandaran Selayang bermula jam 8.45 malam.

Manakala perlawanan kedua perlawanan bersama Terengganu pada 21 Januari jam 8.45 malam namun tempatnya bakal diumumkan kelak.

Perlawanan ketiga melibatkan pasukan Kuala Lumpur pada 26 Januari ini di Stadium Majlis Perbandaran Selayang bermula jam 8.45 malam.

Manakala perlawanan keempat perlawanan bersama Pulau Pinang pada 29 Januari ini di Stadium Bandaraya Pulau Pinang bermula jam 8.45 malam.

 

***Sumber dari Selangor Kini

Joomla SEO by MijoSEF