Foo Jian Beng, Penerima Pertama Tabung

Jian Beng yang ditemui menyatakan, dia amat gembira dan berterima kasih kepada Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) atas pemilihannya sebagai penerima pertama dermasiswa tersebut.

“Saya berharap tabung atlet cemerlang ini dapat membantu atlet-atlet meningkatkan pencapaian dalam sukan di samping mencapai kejayaan cemerlang dalam pembelajaran”. “Dengan insentif dan wang tabung di terima ini akan saya gunakan sebaiknya untuk meningkatkan lagi pencapaian saya dalam sukan dan pelajaran saya seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.” Katanya.

Menurutnya, anugerah yang diterima ini menyuntik semangat untuknya meneruskan cabaran serta melakar kejayaan yang lebih cemerlang dalam mengharumkan nama Malaysia.

“Anugerah yang saya terima ini juga menyuntik semangat saya untuk meneruskan cabaran serta melakar kejayaan yang lebih cemerlang lagi dalam mengharumkan nama Malaysia ke persada yang lebih tinggi lagi,”katanya.

Jian Beng dinobatkan sebagai Olahragawan Sukma ke - 12 yang berakhir di Terengganu dengan pungutan tiga emas, empat perak dan satu gangsa serta memecahkan dua rekod kebangsaan dan satu rekod Sukma.

Dia juga mencatat rekod dengan catatan 50.94 saat dalam acara 100 meter gaya bebas lelaki yang mengatasi masa kelayakan ke Olimpik pada 50.95 saat.

Catatannya mengatasi masa yang dibuat oleh Allan Ong yang mencatat masa 51.31 saat ketika Sukan SEA di Kuala Lumpur 2001.

Joomla SEO by MijoSEF