Pengenalan ASNS

 

ANUGERAH SUKAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

PENGENALAN

1.

Anugerah Sukan Negeri Selangor yang akan dianjurkan oleh Majlis pada setiap tahun merupakan acara tahunan yang berprestij di peringkat Negeri Selangor ;

2.

Seramai 33 olahragawan dan olahragawati telah dianugerahkan sepanjang ASNS ini diadakan mulai tahun 1975 sehingga tahun 2008 ;

3.

Dengan adanya majlis seumpama ini dapat memartabatkan serta memberi penghormatan bagi menghargai usaha penggiat-penggiat sukan di Negeri Selangor.

 

OBJEKTIF

1. Sebagai menyatakan tanda penghargaan Negeri kepada orang perseorangan dan persatuan sukan atau pertubuhan – pertubuhan yang berkenaan di atas jasa perkhidmatan serta kepimpinan kearah kemajuan Sukan ;
2. Tanda penghargaan Negeri kepada ahli sukan yang mengharumkan nama Negeri serta mencapai kejayaan yang cemerlang dalam acara sukan Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa ;
3. Sebagai pemangkin semangat kepada generasi / atlit-atlit baru untuk meningkatkan kualiti dan mengharumkan nama Negeri Selangor ke peringkat tertinggi ;
4. Mengeratkan hubungan penggiat-penggiat sukan dengan wakil-wakil media dalam membantu menaikkan semangat atlit-atlit ;
5. Dapat mempertemukan atlit-atlit baru dan bekas atlit di samping dapat bertukar-tukar pendapat dan idea dalam mempertingkat kualiti diri dalam perkembangan sukan tanah air

 

PENGENALAN LOGO
logo asns

DEFINISI LOGO:-

GELUNG BIRU Gabungan Gelung Biru Yang Mendukung Jata Selangor Melambangkan Kemakmuran Dan Perpaduan Dibawah Naungan Negeri Selangor
GELUNG MERAH Sembilan Gelung Merah Adalah Melambangkan Sembilan Daerah Jajahan Negeri Selangor Yang Komited Melahirkan Atlet Cemerlang
GABUNGAN HELANG PUTIH DAN LOGO SUKSES Gabungan Helang Putih & SUKSES Diabstrak Untuk Membentuk Api Pada Obor Melambangkan Semangat Dan Semarak Perjuangan Atlet Negeri Selangor Di Persada Sukan
Joomla SEO by MijoSEF