Pembangunan Belia

 

PENGENALAN PEMBANGUNAN BELIA

 

Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) telah ditubuhkan menerusi keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 17 Disember 2008 dan telah mula beroperasi pada 15 Mac 2009 dibawah pentadbiran MSNS Holdings Sdn. Bhd. (anak syarikat Menteri Besar Pemerbadanan) SBNS kemudiannya diserap ke dalam struktur baru yang diwujudkan di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) iaitu Bahagian Pembangunan Belia Menerusi keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 1 disember 2010

 

ASAS

Belia merupakan ejen perubahan yang penting dalam masyarakat. Kekuatan belia harus digembling dan diberi peluang untuk merealisasikan potensi mereka.Bahagian Pembangunan Belia MSNS dipertanggungjawapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk merangka, memberi pengisian dan melaksanakan program serta aktiviti untuk pembangunan belia seluruh negeri. Bahagian Pembangunan.Belia MSNS fokus untuk memastikan belia diperkasa dengan ilmu yang berguna, dilatih untuk meningkatkan sahsiah diri, berkreativiti dan nilai nilai kepimpinan yang mulia. Bahagian Pembangunan Belia MSNS juga dipertanggungjawapkan untuk memantau, melatih dan membantu Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang berfungsi untuk merancakkan aktiviti-aktiviti belia di peringkat akar umbi.

 

MISI

Bahagian Pembangunan Belia MSNS bertanggungjawap merangka, mengisi dan melaksanakan program pembangunan belia seluruh Negeri Selangor.

 

VISI

Program Bahagian Pembangunan Belia MSNS berjenama Gen-S berhasrat menjadi program pilihan Belia Negeri Selangor.

 

OBJEKTIF

Objektif penubuhan Bahagian Pembangunan Belia adalah seperti berikut :

- Merancang serta melaksanakan program serta aktiviti belia peringkat Negeri Selangor

- Memberi pengisian ( content development ) kepada program-program belia menurut aspirasi Kerajaan Negeri serta arahan Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan

- Memantau dan membantu PeBT, NGO serta persatuan/kumpulan belia melaksanakan program-program yang pelbagai menurut kehendak dan keperluan

 

GENS-S

Kesemua aktiviti dan program Bahagian Pembangunan Belia MSNS dijenamakan sebagai Gen-S iaitu Generasi Selangor. Program-program ini meliputi :

- Sukan

- Seni

- Kepimpinan

- Pendidikan

- Komuniti

- Keusahawanan

 

 

 

 

 

 

 

Joomla SEO by MijoSEF