Menang Tapi Irfan kecewa

 

“Apa pun, saya berharap mereka tidak gusar sama ada akan menentang Johor Darul Takzim (DT) atau Kedah pada suku akhir nanti,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Kejayaan Selangor itu sekali gus meranapkan impian Sabah untuk mencipta kejutan kedua selepas membenam pasukan Liga Super, FELDA United pada pusingan pertama bulan lalu.

Sementara itu, ketua jurulatih Sabah, David McCreery pula mengakui pemainnya hilang tumpuan selepas pelawat menjaringkan gol pertama pada saat-saat akhir separuh masa pertama.

“Pemain saya beraksi dengan baik pada 40 minit pertama perlawanan, namun apabila bertemu pasukan dari Liga Super, pemain tidak boleh melakukan kesilapan mudah dan itulah yang berlaku apabila kami dihukum pemain lawan,” katanya.
Dalam pertemuan itu, pemain import dari Liberia, Francis Forkey Doe menjadi wira pasukan Selangor apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-47 dan kemudian sebelum menambah gol peribadi kedua pada minit ke-87 selepas menyudahkan lontaran Mohd Raimi Mohd Nor menewaskan penjaga gol Sabah, Shahril Sa’ari.

Terdahulu itu, gol kedua Selangor diperoleh oleh Mohd Raimi pada minit ke-52.

*Sumber Dari Berita Harian Online

Joomla SEO by MijoSEF