Jawatan Kosong - Pengarah Eksekutif Gred S54

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Sukan Negeri Selangor,  Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

1. PENGARAH EKSEKUTIF – GRED S4 (KONTRAK)

Syarat Lantikan :

  • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Tempatan/Luar Negara atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Lulus peperiksaan SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Mempunyai pengalaman luas dalam aspek pengurusan terutamanya hal ehwal dalam bidang sukan tidak kurang daripada tempoh 5 tahun.


CARA MEMOHON

  • Calon-calon hendaklah mengemukakan permohonan dengan menggunakan resume atau profil peribadi (dikemaskini) yang lengkap beserta gambar berukuran pasport.
  • Semua permohonan hendaklah disertakan salinan kad pengenalan, salinan sijil lahir dan sijil-sijil (akademik, profesional dan sebagainya) yang berkaitan. (salinan diakui sah)
  • Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A 17.

Permohonan berikut akan ditolak:

i) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan
ii) Tidak lengkap
iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan
iV) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat.

ALAMAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah sampai kepada:

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan SSAAS
40503 Shah Alam
Selangor
(Tel:03-55447478/7544)

Tarikh Tutup Permohonan : 9 April 2010

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 6 4 4 7
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
130
719
4938
2586908
17938
19606
3936447
Alamat IP: 54.197.177.123
Waktu Pelayan: 26-03-2017 01:40:13