Amanda Unggul

  “Tiada perkataan lebih manis melainkan gembira kerana dapat memperbaiki pencapaian tahun lalu sewaktu menang dua emas acara berpasukan dressage dan show jumping berpasukan.  “Saya ucapkan terima kasih kepada dua jurulatih, Yasmin Sabiny dan Jean Phillipe Robin yang memberikan bimbingan mantap.

Terus terang saya katakan, saya hanya berlatih dua bulan untuk membuat persiapan menghadapi SUKMA dan kebetulan saya dan mungkin kuda juga suka dengan persekitaran Putrajaya yang menarik dan cantik hingga membuatkan kami seronok beraksi di sini (Putrajaya),” katanya.
 

Amanda kini mengikuti pengajian tahun akhir Pengiklanan dan Psikologi di Universiti Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat.  “Saya menyertai SUKMA kerana balik ke Malaysia untuk bercuti hingga hujung Ogos. Kesempatan itu saya gunakan untuk berlatih kerana sukan ini minat saya sejak kecil.
 

“Saya langsung tidak berlatih dan menunggang kuda di Amerika Syarikat kerana lebih banyak memberi tumpuan kepada pelajaran,” katanya yang mengumpul 647.5 mata menerusi pemberian markah tiga juri dengan kiraan 226, 222 dan 199.5 mata.
 

Perak diraih peserta Pulau Pinang, Mohd Joshua Merican Noordin (P.E.A Rocket) manakala gangsa diraih Raja Alysa Zafira Azlan Shah dari Perak, (Super CJ7).
 

*Sumber dari myMetro

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 0 1 2 1 5
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
283
494
1541
2656155
17431
18666
4001215
Alamat IP: 54.145.96.122
Waktu Pelayan: 28-06-2017 16:40:10