Anugerah Sukan Negeri Selangor 2011

 

Majlis berlangsung bertempat di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam bermula jam 8.00 malam. Hadir ke Majlis ialah YB Tuan Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan Merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor, YB Dato` Hj. Mohammad Khusrin bin Hj. Munawi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang juga selaku Timbalan Pengerusi 1 Majlis Sukan Negeri Selangor, Y.Bhg. Dato` Tarmedi bin Hj. Omar Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) yang juga sebagai Timbalan Pengerusi II Majlis Sukan Negeri Selangor. Hadir sama Dato` Seri Zulkefles Embong Pengarah Sukan Negara, AJK, Pegawai-Pegawai dan atlet-atlet yang diraikan.

Y.A.B. Dato` Menteri Besar dalam Perutusannya dalam Buku Cenderamata merakamkan terima kasih kepada pihak Majlis Sukan Negeri Selangor dan mengucap syabas kepada semua atlet yang dicalonkan dalam kategori masing-masing bagi Anugerah Sukan Negeri Selangor 2011.

Menurut YAB. Dato` Menteri Besar, ``Saya berpendapat bagi membentuk seorang juara, disiplin komitmen, semangat juang dan kemahiran adalah ciri-ciri yang perlu ditanam dalam diri seseorang atlet. Kerajaan negeri Selangor sedia menyokong dan memastikan kemudahan yang terbaik dapat disediakan kepada atlet agar mereka berpeluang menjalani latihan yang sistematik dan berterusan.``

 

Dalam ucapannya YB. Dr. Ahmad Yunus berharap Majlis Anugerah pada malam ini, menjadi sebagai pemangkin dan inspirasi bagi para atlet negeri Selangor mempertingkatkan mutu sukan di dalam bidang masing-masing. Kata Dr. Ahmad,``Motto Sukan Negeri Selangor ialah Sukan Untuk Semua``. tambahnya, ``Kita galakkan bersukan sejak dari Sekolah rendah, menengah, kampong, pekan, dan daerah.`` tambahnya, `` Melalui kegiatan sukan ini bukan saja dapat mengekalkan kesihatan, tetapi dapat mencungkil bakat-bakat yang ada untuk ditonjolkan pada peringkat negeri dan Negara. Beliau menyebutkan juga, ``Sukan sebagai industri yang menjana peluang ekonomi bagi mereka yang terlibat dalam perusahaan tersebut di samping memberi sumbangan bagi mengangkatkan martabat sukan Negeri Selangor.

 

 

Antara Anugerah yang diperkenan menyampaikan oleh DYMM Tuanku Sultan ialah Anugerah Sukan Negeri Selangor yang berjaya dalam Sukan Paralimpik di London 2011 ialah:

 

Saudara Hasilin Sanaru yang menggondol Pingat Perak - Pemanah

 

Saudara Mohd Ziyad Zulkifli menggondol Pingat Gangsa - Melontar Peluru
 
Antara penerima-penerima Anugerah ialah:
Olahragawati Harapan - Parnival
Olahragawan Harapan - Logalise
Olahragawati = Zandra Azila
Olahragawan = Lorisha

Antara Pegawai Berjasa ialah:
Tan Sri Abdul Ghani Minhat
En. Mohd Arifin bin Saleh
En. Yong Peng Yaw
En. Ghazali bin Haji Othman.
 
Persatuan Terbaik:
Persatuan Renang Amatur Selangor
Persatuan Wanita Pingpong.
 
Jurulatih Terbaik:
Lelaki : En. Mohd Zain
Perempuan: Puan Raswari Karu

 

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 6 0 8 7 4
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
72
828
2433
2613957
19627
22738
3960874
Alamat IP: 54.81.192.214
Waktu Pelayan: 27-04-2017 01:34:15