Arriffuddinur Pilih Memanah Ikut Sunnah

Menceritakan pembabitan awal dalam sukan itu, Arriffuddinur berkata, dia mula memanah ketika berusia 12 tahun kerana sekadar ingin mencuba sukan elit itu. "Apabila diterima masuk ke sekolah sukan ketika di Tingkatan Satu, minat dalam sukan memanah ini diteruskan dan mula menjalani latihan pada penghujung tahun 2011. “Saya mula menyertai pertandingan pada penghujung tahun 2011 iaitu Karnival Pelapis Kebangsaan kali ke-5 yang diadakan di Perlis, namun tidak berjaya membawa sebarang pingat, sebaliknya menimba banyak pengalaman,” katanya.

Walaupun tiada ahli keluarga yang membabitkan diri dalam sukan berkenaan, Arriffuddinur tetap memilih sukan memanah kerana baginya sukan itu adalah aktiviti sunnah Rasulullah SAW. Berbekalkan gelaran pemain pasukan Selangor, Arriffuddinur berkata, dia bertuah kerana tidak perlu menyediakan peruntukan besar membeli peralatan yang mencecah RM10,000, selain mendapat bimbingan daripada jurulatih Majlis Sukan Negara (MSN).

“Berikutan kos membeli kelengkapan yang terlalu mahal, menyebabkan ibubapa tidak bersetuju dengan keputusan saya menceburi sukan memanah. “Bagaimanapun, apabila sudah berjaya diserap dalam pasukan Selangor dan menunjukkan prestasi memberangsangkan, mereka memberi sokongan penuh terhadap minat saya,” katanya yang bercita-cita menjadi jurutera satu hari nanti.

Seperti kebanyakan atlit lain, anak kelahiran Selangor itu juga giat menjalani bagi mengekalkan kecekapan selain memberikan persembahan terbaik dalam setiap pertandingan. Arriffuddinur menjalani latihan setiap hari bermula jam 3 hingga 6.30 petang, bagaimanapun pada cuti sekolah latihan bermula jam 3 hingga 6 petang.

Anak bongsu daripada lapan adik-beradik itu berkata, dia tidak mempunyai sebarang membahagikan masa memenuhi tuntutan sukan mahupun mengulang kaji pelajaran. “Saya mengoptimumkan waktu malam dengan mengulang kaji pelajaran bermula jam 8 hingga 10 malam. Memandangkan tahun ini saya akan menduduki peperiksaan Penilaian menegah Rendah (PMR), aktiviti memanah mula diperlahankan menjelang ujian percubaan,” katanya.

*Sumber dari Berita Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 1 5 8 4 5
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
495
777
1272
2672651
12974
19087
4015845
Alamat IP: 54.80.158.127
Waktu Pelayan: 25-07-2017 18:56:31