Atlet Karate-do, Tenpin Boling Gondol Olahragawan, Olahragawati Selangor

 

Walau bagaimanapun, Loganeshaa tidak dapat hadir pada Majlis Anugerah Sukan 2011 dan hanya diwakili Presiden Persatuan Karate-Do Selangor, M Panneerselvam.

Panneerselvam yang ditemui selepas itu berharap agar atlet karate-do mampu mengulangi pencapaian merangkul emas dalam kejohanan Sukan Sea tahun hadapan selain mengekalkan empat emas yang dimenangi tahun ini pada Sukma 2014 di Perlis.

“Kita ada latihan selama dua tahun untuk Sukan Sea dan Sukma. Tahun ini kita berjaya merangkul empat emas di (Sukma) Pahang,” katanya.

Olahragawati Selangor 2011, Zandra nyata gembira dengan anugerah yang diterima buat kali pertama sekaligus mengenepikan saingan tiga calon lain, Katrina Ann Abdul Hadi dari sukan renang berirama, atlet boling padang, Noorzafirah Mohd Noor dan atlet karate-do, Syakilla Salni Jefri Krisnan.

“Saya dengan rasa rendah diri menerima anugerah ini.

“Kejayaan ini lebih bermakna kerana daripada negeri kesayangan saya memandangkan saya sudah mewakili Selangor lebih dari 10 tahun sepanjang saya bermain boling,” katanya.

Ujar Zandra, beliau sedang menumpukan perhatian terhadap pertandingan International All Star Classic yang bakal berlangsung di Sunway pertengahan Disember ini serta mensasarkan kejayaan pada World Woman Championship di Las Vegas tahun hadapan.

Anugerah Olahragawan dan Olahragawati 2011 disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sambil diiringi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Khusrin Munawi.

Olahragawan dan Olahragawati 2011 masing-masing menerima wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.

Sementara Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan 2011 diungguli dua atlet sukan ping pong, Foo Dunley dan Lee Rou You.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500, trofi serta sijil penghargaan.

Pasukan Ping Pong Selangor pula dipilih sebagai Pasukan Terbaik 2011 sementara Persatuan Renang Amatur Selangor menerima Anugerah Persatuan Terbaik 2011.

Anugerah Pegawai Berjasa 2011 diberikan kepada Mohd Ariffin Saleh dari sukan lumba basikal, Yong Peng Yeow dari sukan skuasy dan Datuk Hamidin Amin dari sukan bola sepak.

Masing-masing menerima wang tunai bernilai RM 2,000, trofi dan sijil penghargaan.

Anugerah Khas Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2011 pula diberikan kepada Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat yang telah menyumbang jasa terhadap sukan bola sepak dan Allahyarham Ghazali Osman dari sukan angkat berat.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pula dipilih untuk Anugerah Penghargaan Khas 2011.

Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2011 turut memperkenalkan dua anugerah baru iaitu Jurulatih Lelaki Terbaik 2011 dan Jurulatih Wanita Terbaik 2011.

Jurulatih lumba basikal, Mahazir Hamad dinobatkan selaku Jurulatih Lelaki Terbaik 2011 sementara jurulatih sukan kabaddi, Sarweswari Karuppiah dipilih selaku Jurulatih Wanita Terbaik 2011.

Tidak ketinggalan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan menyampaikan insentif bagi dua atlet paralimpik Hasihin Sanawi dan Muhamad Ziyad Zolkefli yang berjaya menganugerahkan pingat pada temasya Paralimpik 2012 London.

Hasihin Sanawi berjaya menghadiahkan pingat perak kepada negara menerusi acara memanah recurve membawa pulang insentif berbentuk kewangan bernilai RM30,000, sijil dan trofi.

Sementara Muhamad Ziyad Zolkefli pula menerima insentif berjumlah RM20,000, beserta sijil dan trofi diatas kejayaan meraih pingat gangsa menerusi acara lontar peluru lelaki F20 dalam kejohanan sama.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 1 5 1 5 6
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
583
442
583
2672651
12285
19087
4015156
Alamat IP: 54.80.158.127
Waktu Pelayan: 24-07-2017 18:48:13