Atlet Rangsangan Sukan Selangor cemerlang di SUKMA ke-17

 Seorang lagi perenang RSS, Lim Tsiu Khoon, 17 tahun juga cemerlang dengan menjulang pingat emas di dalam acara 4x100m Gaya Bebas Lelaki dengan memecahkan rekod kejohanan mencatat masa 3:30.39s.

Kategori wanita pula, Caroline Chan, 19 tahun merangkul pingat emas dalam acara 50m Kuak Lentang Wanita dan 4x100m Rampaian Wanita bersama Phee Jinq En, 17 tahun dan Maryann Kok, 18 tahun.

Emas ketujuh diperoleh Maryann Kok dalam acara 4x100m Gaya Bebas Wanita. Selain itu, atlet renang RSS turut membawa pulang 6 pingat perak dan 9 pingat gangsa.

“Perangsang Selangor amat berbangga dengan pencapaian atlet-atlet kami pada temasya SUKMA kali ini.

“Dengan latihan intensif dan bimbingan jurulatih profesional, mereka berjaya mencapai kejayaan dan mengharumkan nama negeri Selangor. Syabas dan tahniah diucapkan”, kata Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, YM Raja Haji Idris Raja Kamarudin.

Sementara itu, atlet lumba basikal RSS, Mohd Izdihilmi Samsuddin berjaya mencapai satu pingat perak dan satu pingat gangsa dalam Ujian Masa Berpasukan Lelaki.

Pada masa yang sama Mohd Fitri Sharil juga berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara Ujian Masa Berpasukan Lelaki.

RSS merupakan program pembangunan sukan di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) yang melibatkan 5 sukan popular, iaitu bola sepak, renang, lumba basikal, badminton dan boling.

Perangsang Selangor memperuntukkan dana berjumlah RM1.8 juta bagi melaksanakan program RSS yang merangkumi Kem Bakat Sukan, iaitu pemilihan, latihan dan pembangunan ahli-ahli sukan remaja; seterusnya ahli-ahli sukan yang berpotensi akan diserap ke dalam Pasukan Elit Perangsang Selangor.

Ia untuk menyertai pertandingan di dalam dan luar Negara; dan tajaan beberapa kejohanan bola sepak bagi mencungkil bakat pemain remaja untuk mewakili Selangor dan Malaysia.

“Sehingga kini, Perangsang Selangor membelanjakan sebanyak RM169,353 bagi sukan boling, RM107,340 sukan badminton, RM99,630 sukan bola sepak, RM95,050 sukan renang dan RM82,400 sukan lumba basikal” kata Raja Idris.

 

*** Sumber dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 3 0 9 2 7
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
180
664
180
2687217
11514
16542
4030927
Alamat IP: 54.81.2.151
Waktu Pelayan: 21-08-2017 07:08:27