Atlet Selangor Gagal Raih Pingat Sukan SEA Tetap Diberi Insentif

SHAH ALAM, 24 JUN: Semua atlet Selangor yang membawa cabaran negara dalam temasya Sukan Sea di Singapura, baru-baru ini akan diberi insentif oleh Kerajaan Negeri.
Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shaari, berkata insentif itu diberi bagi menghargai usaha mereka mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Atlet Selangor gagal raih pingat Sukan SEA tetap diberi insentif1


“Bagi atlet yang bermain di peringkat tertentu, memang kita ada insentif yang dah ditetapkan.
“Setiap penyertaan ada insentif. Kalau menang pingat emas, perak, gangsa termasuk pecah rekod, kita ada jadual tetap skim insentif,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.
Kontinjen Malaysia dalam Sukan Sea 2015 di Singapura meraih 186 pingat keseluruhan dengan 62 emas, 58 perak dan 66 gangsa.

Atlet Selangor gagal raih pingat Sukan SEA tetap diberi insentif2
Atlet Selangor menyumbang 60 pingat keseluruhan termasuk acara sukan layar dengan tiga emas melalui Muhd Dhiauddin Rozaini, Muhammad Farhan Hamid dan Norashikin Mohd Sayed.
Atlet gimnastik Selangor, Farah Ann Abdul Hadi pula menyumbang dua emas, satu perak dan tiga gangsa dalam pelbagai disiplin.


***Sumber Dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 8 9 1 0 3 7
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
388
603
2294
2546407
10480
23065
3891037
Alamat IP: 54.211.179.232
Waktu Pelayan: 20-01-2017 18:05:01