Belia Berbasikal Untuk Kenali Selangor

Exco Belia dan Sukan, DrAhmad Yunus Hairi berkata, selain membawa kelainan kepada warga belia pada siri tahun ini, program berbasikal itu juga diharap dapat menarik penyertaan yang lebih menyeluruh.

“Ia juga merupakan usaha untuk membolehkan rakyat, khususnya golongan belia untuk mengenali Selangor dengan lebih dekat.

“Program dijalankan secara santai agar peserta dapat menikmati keindahan pemandangan negeri ini, disamping mempromosikan cara hidup yang sihat. “kata Dr Ahmad Yunus yang juga Adun Sijangkang.

Program anjuran bersama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) merupakan Siri Kedua Kayuhan BES selepas Siri Pertama diadakan di Kuala Selangor, minggu lepas.

Peserta berkayuh sejauh 40 km dari Pantai Morib hingga ke Tapak Pasar Malam, Taman Datok Hormat, Telok Panglima Garang.

Sementara itu, salah seorang peserta, Masran Hassan 48, memuji program tersebut yang sangat bermanfaat dalam membentuk sahsiah diri yang baik untuk golongan belia.

“Saya harap para belia dapat mengambil peluang ini kerana aktiviti sebegini mampu meningkatkan semangat persepakatan antara mereka.

“Ini juga dapat mengelak para belia daripada menyertai aktiviti kurang sihat yang merugikan mereka,”  kata peserta yang aktif menyertai kelab baerbasikal ini.

Turut hadir Penyelaras DUN Morib, Hasnul Baharuddin.

Minggu depan, program Kayuhan BES Jelajah Selangor Siri Ketiga akan dianjurkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

*Sumber Dari Selangorkini

{fcomment}

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 1 0 5 1 7 5
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1786
1707
10770
2745210
31886
33963
4105175
Alamat IP: 54.196.33.246
Waktu Pelayan: 22-10-2017 19:58:13