Berbasikal Santai Sekitar Shah Alam Pupuk Budaya Sihat

Katanya, program ini adalah platform MBSA merangka aktiviti basikal dengan lebih bersistematik memandang kecenderungan masyarakat masa kini khususnya di kalangan warga kota Shah Alam yang kini gemar melakukan aktiviti berbasikal untuk tujuan aktiviti rekreasi dan riadah bersama keluarga.

“Aktiviti berbasikal ini akan diadakan pada setiap bulan kecuali pada bulan ramadhan dan untuk kayuhan yang pertama pada tahun ini sambutan yang diberikan oleh para peserta amat memberangsangkan seramai 300 peserta kayuhan telah mengambil bahagian,” kata Mohd Jaafar,

Beliau berkata, MBSA juga merangka beberapa program berbasikal yang lain antaranya, Earth Hour dan juga Sanctuary Ride yang akan berlangsung pada bulan Mac dan juga Mei ini.

“Kami mensasarkan sekurang-kurangnya seribu peserta menyertai program berbasikal sempena Earth Hour tersebut.” kata beliau semasa pelepasan program itu di sini, hari ini.

Dalam program kayuhan itu peserta mula berkumpul di Dataran Kemerdekaan seawal jam 7.00 pagi dan berkayuh sejauh 25 km melalui seksyen-seksyen di sekitar bandar raya Shah Alam seperti Seksyen 14, Seksyen 9, Seksyen 16, Seksyen 18 dan Seksyen 19 .

Selain daripada aktiviti kayuhan, peserta yang menyertai acara berbasikal ini juga berpeluang untuk mendapatkan barangan dan cenderahati semasa aktiviti cabutan bertuah berupa barangan dan peralatan berbasikal.

Pihak MBSA juga mengambil kira aspek keselamatan para peserta berbasikal dan sepanjang kayuhan telah diringi oleh anggota penguatkuasa dan pasukan perubatan.

Sementara itu Bahagian Perhubungan Awam Korporat MBSA, Shahrin Ahmad dalam satu kenyataan berkata Program kayuhan ini juga sebahagian daripada inisiatif MBSA untuk mengalakkan orang ramai untuk berbasikal di sekitar pusat bandar Shah Alam dengan menggunakan laluan berbasikal sepanjang 8.8km yang telah disediakan oleh pihak MBSA.

Katanya, laluan berbasikal yang disediakan ini membolehkan orang ramai untuk menggunakannya untuk aktiviti berbasikal dan berjogging selaras dengan program Local Agenda 21 Shah Alam iaitu pembangunan mampan yang akan memberi keselesaan pada generasi masa kini dan masa akan datang.

“Justeru,MBSA ingin menjemput individu, para pelajar, persatuan dan kelab basikal, persatuan penduduk dan mereka yang berminat untuk bersama-sama menyertai Program Kayuhan Santai Shah Alam sepanjang tahun ini sebagai usaha menyokong aktiviti gaya hidup sihat di kalangan masyarakat,” katanya.

Penyertaan bagi Program Kayuhan Santai Shah Alam ini adalah percuma dan boleh mendaftar pada bila-bila masa dengan menghubungi Bahagian Belia dan Sukan, Jabatan Korporat, MBSA di talian 03 – 5522 2733 / 2743 atau hubungi Encik Jaid Idham, Pegawai Belia dan Sukan, MBSA di talian 012-3706636 dan Azreen Naim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan MBSA di talian 019-2576897.

Pendaftaran juga boleh dibuat dengan melayari laman sesawang Majlis Bandaraya Shah Alam di www.mbsa.gov.my.

*Sumber Dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 6 8 7 5 6
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
398
1002
1400
2717343
29430
19913
4068756
Alamat IP: 54.198.52.8
Waktu Pelayan: 26-09-2017 13:27:09