Cai Lin, Nuzul Azwan Terbaik Selangor

Pencapaian Nurul Azwan begitu cemerlang apabila merangkul pingat gangsa acara shooting individu pada Kejohanan Petanque Piala Dunia selain menamatkan saingan di peringkat suku akhir acara berpasukan triple lelaki, juga pada kejohanan sama.
 

Azwan turut meraih dua perak pada Temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2012, Loas menerusi acara shooting individu dan triple lelaki selain gangsa pada Petanque Star Master Thailand.
 

Sementara Cai Lin, yang berjaya melepasi kelayakan ke Sukan Olimpik di London tahun lalu, juga meraih tiga emas pada Kejohanan Renang SEA di Singapura dan menggondol tujuh emas dan satu gangsa di AUG, melayakkan beliau menerima anugerah Olahragawati Selangor. Pemenang membawa pulang piala pusingan, sijil penghargaan serta wang tunai RM7,000.
 

Bagi Cai Lin sudah tentu kemenangan kali keempat (2007, 2008, 2009, 2013) itu, menaikkan motivasi beliau untuk mencipta lebih banyak kejayaan terutama pada dua kejohanan besar iaitu Kejohanan Dunia FINA Edisi ke-15 di Barcelona, bermula 19 Julai hingga 4 Ogos dan Sukan SEA di Myanmar, hujung tahun ini. “Pencapaian saya ketika di Kejohanan Dunia tahun lalu tidak begitu memberangsangkan.
 

“Jadi amat penting untuk saya bekerja keras dan memperbaiki catatan masa selain mempertahankan dua pingat emas pada acara 400 m dan 800 m di Sukan SEA nanti,” katanya selepas majlis penyampaian Anugerah Sukan Selangor 2012 di Shah Alam, kelmarin.
 

Sementara itu, Nuzul Azwan yang tidak menjangkakan kemenangan tersebut mampu menyumbang emas pada temasya Sukan SEA 2013. “Sekarang skuad kebangsaan sedang menjalani latihan pusat ke temasya berkenaan dan kami memberi keutamaan penggunaan sains sukan dalam petanque agar dapat membantu meningkatkan skil permainan.
 

“Tahun lepas saya meraih pingat perak dalam acara shooting, jadi tahun ini saya mahu pastikan saya boleh menyumbang emas bagi menebus kekecewaan sebelum ini,” katanya.
 

*Sumber dari Sinar Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 6 4 8 5 0
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
496
2282
6409
2613957
23603
22738
3964850
Alamat IP: 54.166.130.22
Waktu Pelayan: 30-04-2017 11:04:09